Kenali Rambutan Gading Isi Tebal Dan Manis

Siapa yang tidak pernah mengenali rambutan gading? Kebanyakan dari anda sebagai rakyat Malaysia, sudah tentunya mengenali rambutan yang dipanggil rambutan gading, iaitu varieti rambutan yang memiliki kulit dan rambut berwarna kuning, isi yang kuning serta manis sekali.

Sesiapa yang lahir pada tahun 80an-90an, rambutan ini tidak sinonim lagi kerana pada waktu itu terdapat banyak rambutan gading ditanam di kawasan-kawasan kebun penduduk di negara ini. Nama saintis bagi rambutan adalah Nephelium lappaceum Linn. Rambutan gading memiliki rambut dari keluarga sapotaceae.

Rambutan Gading
Credit Photo: Ahmad Zulfitri

Tahun rambutan gading didaftarkan

  • Menurut artikel dari Anim agro, tahun rambutan gading telah didaftaran di Jabatan Pertanian Malaysia adalah kemungkinan pada tahun 1960 oleh penama encik Ng Ah Kow yang berasal dari Sg. Nibong Tebal, Muar Johor dengan daftar klon R156.

Bentuk dan warna buah rambutan gading

  • Rambutan gading mempunyai bentuk yang agak bulat dan agak besar, kulit dan rambut yang berwarna kuning, isi yang tebal. Merujuk kepada artikel yang ditulis oleh Anim Agro pula panjang buah adalah sederhana iaitu purata 4.32 cm dan lebar pula di dalam ukuran 3.88cm

Isi, biji dan tahap kemanisan buah

  • Dari segi warna isi pula, rambutan gading memiliki isi yang berwarna krim berbentuk pepejal serta berair. Manakala dari segi tahap kemanisan buah ini  pula, ia berada di tahap yang sederhana iaitu 21%, sangat berair dan juga tahap keasidan yang sederhana.
  • Jika anda memakan buah ini, anda dengan mudah mengasingkan isi dengan biji. Sebab ini buah rambutan agak popular berbanding dengan variety rambutan jenis lain.
  • Biji buah rambutan gading memiliki bentuk ovate dan jika anda menanam biji rambuatan gading yang telah benar-benar matang ia mudah bercambah. Jadi pastikan anda mendapatkan biji rambutan yang telah benar-benar matang sebelum mengambil keputusan untuk menanamnya.

Penanaman ladang

  • Statik dari Jabatan Pertanian pada tahun 2022, rambutan di negara ini ditanam di dalam anggaran 14,707 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak  56,390 tan metrik. Sebahagian dari rambutan tersebut adalah rambutan dari vareti gading.

Harga pasaran

  • Berapakah harga sekilo pasaran rambutan gading di tempat anda? Harga adalah berbeza-beza mengikut kawasan dan tempat. Tetapi dalam keadaan waktu ini harga pasaran rambutan gading dijual dengan harga RM 4 hingga RM 6 sekilo. Terdapat tempat mungkin boleh mencapai lebih daripada itu.

Cara penanaman dan jarak tanaman

  • Merujuk kepada artikel yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian negeri Penang, jarak bagi penanaman bagi rambutan adalah 9x9 meter. Penanaman jarak tiga segi juga boleh diamalkan tidak semsestinya ditanam sebaris atau sistem segi empat sama.
  • Jika sistem penanaman di ladang dengan cara segi tiga tepat 9x9 meter, sehektar boleh ditanam di dalam anggaran 142 pokok. Manakala sistem penanaman segi empat tepat pula 9x9 meter, jumlah pokok yang dapat ditanam adalah anggaran 123 pokok sehektar.
  • Dari segi cara penanaman pula, lubang dengan ukuran 60x60 cm harus digali anggaran sebulan sebelum melakukan penanaman. Tujuan ini adalah bagi membunuh kulat yang terdapat pada tanah sekiranya ada.
  • Sebelum melakukan penanaman baja CIRP sebanyak 200gram ditabur ke dalam lubang dan digaul bersama-sama dengan tanah. Baja CIRP adalah baja akar untuk menguatkan pertumbuhan akar tanaman.
  • Langkah seterusnya tinggalkan lubang sedikit bagi penanaman pokok rambutan gading dan setelah menanam pokok rambutan ke dalam lubang, timbus dengan tanah dia biar berbusut sedikit pada pangkal pokok. Jangan lupa memberikan sokongan kayu pada anak pokok rambutan dan sirami dengan air.

Sistem pengairan

  • Pokok memerlukan air yang mencukupi bagi membolehkan anak rambutan membesar dengan sempurna lebih-lebih lagi pada musim kemarau.

Sistem pemangkasan

  • Anda tidak perlu membiarkan rambutan yang anda tanam tumbuh begitu sahaja. Anda perlu melakukan pemangkasan agar pertumbuhannya seimbang agar tidak terlalu rendah dan juga tidak terlalu tinggi. Pangkas dan buang ranting-ranting yang telah mati untuk memastikan pertumbuhan sempurna. Teknik pemangkasan secara terbuka adalah disyorkan.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan