Resepi Ayam Masak Kicap- Masak Kering

Resepi aya masak kicap adalah resepi yang sangat popular sekali di kalangan masyarakat kita kerana resepi ini bukan sahaja sedap tetapi sangat menyelerakan hinggakan jika dimasa dengan betul, anda boleh menambah nasi di pinggan anda.

Tips utama untuk memasak ayam kicap ini agar sedap adalah dengan menggunakan minyak yang agak banyak sedikit dan lebihan minyak itu tadi kita boleh buang kemudian. Tips yang kedua adalah pastikan minyak telah pecah sebagai panduan ayam masak kicap telah benar-benar masak sebati.

Ayam Masak Kicap-Masak kering

Bahan-bahan memasak ayam masak kicap – masak kering

Berikut adalah bahan-bahan yang perlu anda sediakan bagi memasak ayam masak kicap mengikut panduan dari resepi ini.

  1. Ayam  anggaran 5 ketul (mengikut kesesuaian anda)
  2. Kicap manis
  3. Kicap cair
  4. Kicap pekat
  5. Cili besar- 2 biji (dihiris nipis)
  6. Bawang putih- 3-4 ulas (dihiris nipis)
  7. Bawang merah- 3-4 ulas (dihiris nipis)
  8. Bawang besar holland- 1 biji ( Dipotong menjadi 4 bahagian)
  9. Serai makan- 1 batang (dipotong dan dipecahkan menjadi 3 bahagian)
  10. Kayu manis- 1 batang kecil
  11. Bunga lawang- 2-3 biji
  12. Bunga cengkih- 4-5 biji
  13. Serbuk lada putih
  14. Serbuk lada hitam
  15. Minyak makan (Mengikut kesesuian)
  16. Halia- satu ulas kecil dan dihiris nipis
  17. Setengah gelas air bersih

Cara-cara memasak ayam masak kicap

  • Panaskan minyak pada kuali anda dengan api yang sederhana.
  • Apabila minyak telah panas, masukkan dan tumis bahan-bahan yang telah disediakan itu tadi iaitu hirisan bawang putih, bawang merah, halia, serai makan, kayu manis, bunga lawang, cengkih dan tunggu sehingga bau harum naik.
  • Masukkan ayam dan gaul sebentar. Kemudian masukkan setengah gelas air pada masakan. Tutup sehingga air berkurangan tinggal sedikit.
  • Masukkan kicap manis, kicap cair, kicap pekat serta serbuk lada putih dan lada hitam pada masakan kemudian gaul secara perlahan-lahan.
  • Masukkan potongan bawang besar serta hirisan cili besar. Tunggu anggaran lima minit dan pastikan minyak telah pecah. Yay! Sedia untuk dihidangkan.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan