Resepi Ayam Masak Kicap Sedap
Ayam Masak Kicap adalah makanan kegemaran keluarga saya. Setiap minggu menu ayam masak kicap mesti menjadi menu utama keluarga saya. Pelbagai resipi ayam masak kicap telah dikongsikan mengikut citarasa masing-masing. Namun, saya suka masak ayam masak kicap dicampur dengan pelbagai bahan sampingan (seperti dalam resipi yang saya kongsikan) kerana semakin banyak bahan yang kita campurkan, masakan akan lebih lazat dan menyelerakan.
Bahan-bahan memasak resepi ayam masak kicap
- ½ ekor ayam (potong kecil-kecil)
- Garam
- Serbuk kunyit
- Tepung jagung
- 2 biji bawang merah (hiris)
- 2 ulas bawang putih (hiris)
- 2 inci halia (hiris)
- 1 biji bawang besar / holland (belah 6)
- 2 biji kentang (belah 4)
- 1 biji lobak (potong dadu besar)
- 1 biji tomato (belah 4)
- ½ biji lada benggala merah / red capsicum (potong dadu besar)
- ½ biji lada benggala hijau / green capsicum (potong dadu besar)
- 1 batang serai (diketuk)
- 1 batang daun bawang
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap pekat (saya guna kicap soya pekat manis cap ayam Sabah)
- 1 sudu kicap cair
- 1 sudu kicap manis (saya guna kicap manis cap kipas udang)
- 1 sudu tepung jagung (cairkan dengan sedikit air)
- 2 cawan air (boleh kurangkan kuantiti air mengikut citarasa anda)
Baca: Cara Merebus Telur Masak Dan Masak Sepenuhnya
Cara memasak ayam masak kicap
- Mula-mula perapkan ayam dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung secukupnya. Perap dalam lebih kurang 10-15 minit.
- Panaskan minyak dan goreng ayam. Angkat dan ketepikan
- Kurangkan minyak gorengan ayam dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan kentang, lobak dan air. Jika anda tidak suka banyak kuah, anda boleh kurangkan kuantiti air mengikut citarasa anda. Masak sehingga kentang dan lobak empuk.
- Kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis, kicap cair, bawang besar / holland, lada benggala merah, lada benggala hijau, daun bawang dan tomato. Masak sehingga semua bahan sebati.
- Kemudian, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaulkan sekejap sahaja sehingga ayam dan kuah sebati. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk pekatkan kuah.
- Siap. Ayam masak kicap mudah dan sedap sedia untuk dihidang. Selamat mencuba…

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.