Resepi Ayam Masak Kurma Simple Dan Sedap

Resepi Ayam Masak Kurma

Ayam masak kurma sangat sedap dimakan bersama nasi tomato atau dengan nasi putih, ulam-ulaman dan ikan masin goreng. Cara penyediaannya yang mudah dan bahan-bahannya hanya menggunakan bahan-bahan asas sahaja dalam masakkan serta mudah didapati menjadikan masakan Ayam Masak Kurma menjadi pilihan salah satu hidangan utama dalam sesebuah keluarga. Ayam masak kurma yang saya kongsikan ini adalah sesuai dimakan oleh semua golongan tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak yang tidak suka makan makanan yang pedas. Namun, jika anda seorang pengemar makanan yang pedas, anda boleh saja tambah cili/lada pada bahan resipi ini. 

Bahan-bahan

  • ½ ekor ayam (potong kecil-kecil)
  • 2 biji bawang merah (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 inci halia (hiris)
  • 1 biji bawang besar / holand (belah 6)
  • 2 biji kentang (belah 4)
  • 1 biji lobak (potong dadu besar)
  • 1 biji cili merah besar (belah 2)
  • 1 biji cili hijau besar (belah 2)
  • 1 paket kecil Serbuk Kurma Ayam & Daging (24g) (cairkan dengan ½ cawan air)
  • ½ kotak kecil santan
  • 2 cawan air

CARA MEMASAK

  • Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk. Apabila minyak sudah panas, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan ayam yang telah dipotong kecil-kecil dan masak sehingga ayam sebati dengan bahan-bahan tumisan.
  • Apabila ayam sudah masak sebati, masukkan serbuk kurma ayam & daging yang telah dicairkan dengan air. Tutup periuk dengan penutup periuk dan biarkan mendidih. Setelah mendidih, masukkan 2 cawan air dan masak dalam 10- 15 minit dengan menggunakan api sederhana. Saya suka banyak kuah sebab itu saya masukkan air banyak tetapi jika anda tidak suka banyak kuah, anda boleh kurangkan kuantiti air mengikut citarasa anda.
  • Kemudian, masukkan kentang dan lobak. Apabila kentang dan lobak hampir empuk, masukkan bawang besar/holand, cili merah besar, cili hijau besar dan santan. Santan hendaklah dimasukkan sedikit demi sedikit bagi memastikan keperluan santan dalam masakkan mencukupi iaitu tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Biarkan masak dalam 5 minit atau sehingga kentang empuk. Pastikan masakan digaul sekali-sekala dengan lembut bagi memastikan santan masak dengan sempurna (tidak berketul-ketul).
  • Perasakan dengan garam, Aji No Motto (kalau tidak suka tidak perlu letak) dan maggi cukup rasa secukupnya mengikut citarasa anda.
  • Siap. Ayam masak kurma sedia untuk dihidang.
Post by: Emiliana

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan