Resepi Nasi Goreng - Simple Dan Sedap!

Bagaimana memasak nasi goreng simple dan sedap? Memasak nasi goreng mempunyai banyak cara yang berbeza bergantung kepada selera masing-masing. Disini kami kongsikan bagaimana cara memasak nasi goreng yang amat simple dan sedap sebagai panduan anda.

Baca Juga: Nasi Goreng Ikan Bilis Simple Dan Sedap

Sebelum anda menggoreng nasi, ingat tips ini, pastikan nasi yang anda ingin goreng tidak terlalu lembut kerana nasi yang begitu lembut akan mengurangkan tahap kesedapan nasi goreng anda. Pastikan nasi dileraikan terlebih dahulu bagi memaksima penyerapan bahan-bahan masakan nanti.

Respi Nasi Goreng
Resepi Nasi Goreng Sedap

Bahan-bahan resepi nasi goreng simple dan sedap

Berikut adalah bahan-bahan yang perlu anda sediakan sebelum memasak nasi goreng yang simple dan sedap.

  1. Nasi satu pinggan
  2. Serbuk lada putih
  3. Kicap manis
  4. Kicap pekat
  5. Kicap cair
  6. Sos tiram
  7. 2 ulas Bawang putih -dihiris nipis
  8. 2 ulas bawang merah- dihiris nipis
  9. Telur ayam 1 biji- dipukul sebati
  10. Minyak makan – anggaran 2 sudu besar makan atau mengikut kesesuaian

Cara-cara memasak nasi goreng

  • Panaskan minyak di kuali
  • Masukkan hirisan bawang putih dan bawang merah, pastikan bawang putih dan bawang merah telah masak garing dan angkat dan asingkan.
  • Masukkan telur yang telah dipukul sebati tadi dan gaul sehingga masak dan terlerai.
  • Masukkan sepinggan nasi putih tadi dan gaul
  • Masukkan sedikit sos tiram, kicap pekat, kicap cair, kicap manis (sukatan mengikut kesesuaian anda) dan gaul nasi hingga sebati dengan bahan-bahan yang dimasukkan itu tadi serta taburkan juga serbuk lada putih pada nasi goreng dan gaul semula.
  • Akhir sekali, masukkan hirisan bawang putih dan bawang merah yang telah diasingkan itu tadi. Yay, Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan