Cara Buat Resepi Sambal Budu Yang Menyelerakan

Bagaimana buat resepi budu? Mungkin anda tercari-cari bagaimana membuat resepi budu bukan? Disini kami kongsikan kepada anda resepinya. Resepi ini berdasarkan pengalaman bersama-sama dengan orang yang berasal dari pantai timur, jadi jangan anda ragu-ragu mengenai resepi ini ya.

Budu merupakan satu bahan makanan yang diperbuat daripada udang berasal daripada negeri Kelantan. Budu merupakan penambah perasa makanan paling popular sekali bagi rakyat negeri Kelantan semasa mereka menikmati hidangan makanan, jadi anda tidak perlu hairan apabila rakan-rakan anda yang berasal dari Kelantan, menyediakan resepi ini semasa menikmati makanan bersama nasi.

Bahan-bahan resepi sambal budu

  1. Budu
  2. Bawang merah besar- Dihiris nipis
  3. Cili padi atau cili india 7-10 biji dihiris nipis
  4. Limau nipis- 2 biji

Cara-cara penyedian resepi sambal budu

  • Langkah pertama, bawang merah dan cili padi yang telah dihiris harus diletakkan pada mangkuk atau pinggan.
  • Tuang budu ke dalam mangkuk yang berisi dengan cili padi dan bawang itu tadi mengikut kesesuaian anda.
  • Langkah seterusnya, perah air limau nipis ke dalam mangkuk dan gaul ramuan hingga sebati. Yay! Sedia untuk di nikmati bersama dengan hidangan nasi dan lauk pauk anda. Rasa yang paling menyelerakan, nikmati budu bersama-sama dengan ulam-ulaman dan ikan bakar. Perghh! Nyaman.
Cili, Bawang Merah, Bawang Putih
Gambar hiasan
Cara ini adalah resepi yang simple, anda boleh juga meletakkan resepi budu anda dengan belacan, meletakkan sedikit air asam jawa, tomato, kicap pekat, gula,limau kasturi dan garam mengikut kesesuaian citarasa anda.

Baca Juga: Cara BuatResepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan