Resepi Sambal Cili Chinese Style

Terdapat banyak cara bagaimana untuk menyediakan resepi sambal cili. Pada kali ini kita berkongsi bagaimana cara buat resepi sambal cili Chinese style yang begitu simple sekali tetapi jika kena pada masakan yang dihidangkan, anda akan begitu berselera sekali.

Resepi ini selalunya dimakan oleh kaum Cina semasa menikmati hidangan sarapan pagi di kedai-kedai makan seperti kolo mee, mee goreng, mee kampua, mee basah, mee sup, dan pelbagai lagi masakan berasaskan mee. 

cili dan limau
Gambar Hiasan
Selain dari itu resepi sambal cili ini juga diamalkan olek kaum mereka apabila menikmati  masakan herba seperti herba sup ayam, sup bakuteh, dagin masak berkicap dan lain-lain lagi hidangan.

Bahan-bahan resepi sambal cili Chinese style

Baik, berikut adalah cara-cara penyediaan bahan-bahan bagi resepi yang amat simple ini untuk anda sediakan. Bahan-bahan ini amat mudah diperolehi di kedai-kedai runcit dan pasar serta pasaraya dengan harga yang masih berpatutan.

Bahan-bahan

  1. Cili- 10-20 biji dihiris nipis
  2. Bawang putih- 3-4 ulas dicincang
  3. Kicap cair- mengikut keperluan
  4. Limau Kasturi- 3-4 biji mengikut keperluan

Cara-cara penyedian resepi sambal

  • Cili yang telah dihiris nipis harus diletakkan bersama-sama dengan bawang putih yang dicincang tadi di dalam mangkuk berukuran kecil.
  • Tuangkan kicap cair melebihi paras cili dan juga bawang putih di dalam mangkuk. Jangan letak terlalu banyak sangat, ia harus mengikut keperluan anda.
  • Limau kasturi pula, harus diperah ke dalam sambal yang telah disediakan. Cara yang paling mudah, anda perlu hiris sedikit menggunakan pisau, gunakan garpu, letakkan garpu pada hirisan limau tadi dan perah limau kasturi hingga air perahan habis.
  • Cara ini bagi mengelakkan biji limau kasturi tidak masuk bersama-sama ke dalam sambal semasa peroses perahan.
  • Yay! Sedia untuk dihidangkan bersama-sama dengan hidangan anda.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan