Resepi Telur Masak Sos Tiram- Resepi Simple
Panduan resepi pada kali ini adalah mengenai resepi telur masak sos tiram yang paling simple. Resepi ini buat anak-anak yang kurang makan sayuran lain atau cara paling cepat untuk menyediakan makanan bagi anak-anak yang tengah kelaparan kerana ibu-ibu tidak berkesempatan untuk memasak.
Walaupun
resepi ini amat simple sekali tetapi jika dimasak dengan cara yang betul,
resepi ini tetap membuatkan anak-anak menjilat jari apabila dimakan dengan nasi
panas. Resepi memasak telur masak sos tiram memerlukan masa kurang dari 5 minit
dan anda siap menghidangkan kepada anak-anak anda.
- Telur- 2-3 biji mengikut keperluan (Telur dipukul hingga sebati)
- Sos Tiram jenama Maggi
- Minyak makan (2-3 sudu besar makan)
Cara-cara memasak telur masak sos tiram
- Panaskan minyak di kuali dengan api yang sederhana.
- Masukkan telur yang telah dipukul sebati tadi dan gaul hingga telur menjadi berketul-ketul.
- Masukkan sos tiram anggaran keperluan anda ( jangan letak terlalu banyak kerana telur akan menjadi terlalu masin) dan gaul hingga sebati dengan telur tadi. Pastikan minyak telah pecah dan terasing dengan sos tiram.
- Yay! Siap untuk dihidangkan dengan segera. Tips disini, jangan memasak telur lebih dari lima minit kerana telur yang dimasak itu tadi akan menjadi agak liat dan kurang sedap dimakan.
- Anda boleh mencampurkan dengan bahan-bahan lain seperti cili besar, bawang besar, cili, bawang putih, bawang merah, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam mengikut keperluan dan masa anda. Selamat mencuba!

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.