Tips Pilih Sabun Basuh Baju Wangi Setanding Sabun Kedai Dobi

Bagaimana cara pilih sabun basuh baju wangi yang benar? Adakah anda perasaan apabila anda membasuh baju, pakaian yang anda basuh tidak setanding dengan wangi baju di kedai dobi? Kadang-kadang baju yang anda basuh adakalanya berbau hapak?

Sabun apa yang digunakan oleh kedai dobi kerana sabun yang mereka gunakan benar-benar berbau wangi dan harum bukan? Sebenarnya, terdapat banyak lagi sabun yang benar-benar wangi yang ada dijual di pasaran tetapi untuk memilihnya perlu tips-tips yang betul agar memilih jenis produk sabun yang sesuai begitu juga cara anda membasu baju, cara mengeringkannya perlu cara yang benar agar wangi pakaian anda benar-benar menyerlah.

Tips pilih sabun basuh baju wangi di pasaran

Bagaimana anda memilih sabun ketika berada di pasaraya atau supermarket? Adakah anda tidak kisah dengan jenama sabun yang anda beli dan kandungan yang terdapat pada sabun baju tersebut? Memilih sabun basuh baju yang benar-benar wangi dan sesuai dengan wang yang anda inginkan perlu dan penting kerana terdapat pelbagai jenama sabun basuh baju di jual di pasaran dan terdapat jenis produk sabun baju yang benar-benar tidak memiliki wangi langsung.

Sabun Basuh Baju Wangi

Terdapat jenama atau produk sabun basuh baju yang benar-benar wangi tetapi apabila anda menggunakannya, keputusannya adalah menyedihkan, baju anda tidak berbau wangi pun. Cara dan teknik membasuh perlu dengan cara betul kerana ia mempengaruhi baju atau pakaian anda wangi atau tidak. Berikut adalah bebarapa tip bagi membasuh baju agar wangi.

Cuba beli dengan kuantiti sedikit

Untuk memilih sabun baju yang benar-bebar wangi dan sesuai dengan wangian yang anda inginkan, anda perlu mencuba produk jenama sabun terlebih dahulu dengan membeli botol atau paket dengan kuantiti yang sedikit. Di pasaran terdapat pelbagai jenama sabun yang boleh diperolehi dengan paket plastik atau botol yang kecil bagi memudahkan pelanggan mencubanya terlebih dahulu mengenai produk sabun yang dijual dengan syarikat berbeza.

Sabun mesti mempunyai agen anti bakteria

Memilih sabun basuh baju yang mengandungi agen anti bakteria adalah penting bagi susuatu peroduk sabun basuh baju kerana sabun baju  yang memiliki kandungan agen anti bakteria berfungsi sebagai pembunuh kepada bakteria penyebab bau terhadap pakaian anda.

Kerana aktiviti lasak atau apa-apa aktiviti yang menyebabkan anda berpeluh, pakaian anda mudah dihinggapi oleh bakteria menyebabkan pakaian anda akan berbau. Sabun basuh baju tanpa agen anti bakteria selalunya akan mudah berbau jika tidak dikeringkan dengan betul.

Sabun mempunyai agen pewangi

Apa yang paling penting semasa memilih produk jenama sabun basuh baju, ia mengandungi agen pewangi yang sudah tersedia ada didalam sabun tersebut. Jika sabun baju tanpa agen pewangi, agak sukar untuk menjadikan baju anda berbau wangi kecuali anda membeli produk pewangi dan pelembut pakaian yang berasingan seperti dari jenama Soflan, Downy atau jenama-jenama yang lain.

Baju perlu direndam dahulu

Bagi mengasilkan pakaian benar-benar dibersihkan, setiap pakaian anda sebelum dicuci ke mesin basuh, ia sepatutnya direndam terlebih dahulu. Misalnya direndam beberapa jam atau dibiarkan direndam semalaman sebelum dibasuh pada waktu seawal pagi. Cara ini sebenarnya bagi menguraikan kotoran-kotoran yang melekat pada pakaian kita. Paling bagus, rendam pakaian anda berserta berserta serbuk sabun dan kemudian setelah direndam semalaman, barulah dibasuh dengan Teknik menggunakan tangan ataupun melalui mesin basuh.

Pastikan mesin basuh dibersihkan

Cuba anda membuka penutup mesin basuh anda, cuba hidu ke dalamnya, adakah ianya berbau wangi ataupun mempunyai bau yang kurang menyenangkan? Sebenarnya, mesin basuh yang tidak dibersihkan dengan baik juga antara penyebab kenapa pakaian anda tidak berbau wangi.

Di dalam mesin basuh terdapat satu alat sebagai perangkap kotoran, ia harus sentiasa dibersihkan dengan secara berkala agar mesin basuh anda sentiasa di dalam keadaan yang bersih. Selain dari itu menggunakan serbuk pembersih mesin basuh mungkin harus anda gunakan semasa membersihkan mesin basuh anda sebagai cara penyelengaraan berkala bagi mengelakkkan mesin anda tidak lagi berbau.

Pakaian mesti dijemur kering

Di mana tempat anda menjemur pakaian anda? Adakah anda menjemurnya di dalam rumah ataupun di luar rumah? Jika anda hanya menjemur pakaian hanya di dalam rumah dan hanya mengeringkan dengan menggunakan kipas, amat sukar untuk menjadikan pakaian yang telah dibasuh akan berbau wangi kerana ianya tidak kering sepenuhnya.

Cubalah anda mengeringkan di tempat yang mempunyai sinaran matahari yang mencukupi agar pakaian anda pasti berbau wangi kerana pakaian anda sudah tentunya telah kering sepenuhnya lebih-lebih lagi sabun yang anda gunakan mempunyai pewangi pakaian.

Basuh dan jemur baju pada seawal pagi

Membasuh baju atau pakaian anda haruslah dilakukan pada seawal pagi bagi membolehkan pakaian anda dijemur dan memperolehi sinaran matahari yang mencukupi. Jika anda memiliki mesin pengering pakaian, kaedah ini tidak digunapakai.

Baca Juga: Petua Kaki Berbau Busuk Akibat Pakai Kasut

Membasuh pakaian agak lewat, mengakibatkan pakaian anda tidak akan kering menyebabkan berisiko menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan