Cara Semak Ctos Online Secara Percuma
Cara semak Ctos online percuma? Betul ke? Bagaiamana cara untuk melakukan semakan Ctos? Mungkin bagi setengah dari anda pasti akan tertanya-tanya bagaimana melakukan semakan Ctos secara percuma.
Kenapa
melakukan semakan Ctos ini adalah penting? Ia sangat penting sekiranya anda
ingin melakukan apa-apa pinjaman peribadi, hartanah atau pinjaman kenderaan.
Kerana kebanyakan mereka yang ingin melakukan apa-apa pembiayaan, apabila
terdapatnya laporan kredit Ctos yang tidak baik, pinjaman anda tidak akan
diluluskan. Jadi lakukan semakan Ctos anda dengan Langkah-langkah ini.
Langkah 1: Daftar diri anda di laman web rasmi Ctos
- Untuk melakukan semakan, anda wajib mendaftarkan diri anda di laman web rasmi Ctos secara online dengan melayari web ini https://ctoscredit.com.my/ atau mendapatkan aplikasi Ctos di Play Store dari Ctos Data Systems Sdn.Bhd.
Langkah 2: Masukan butir-butir peribadi anda
- Ikuti langkah-langkah yang telah diarahkan dengan memasukan butir-butir peribadi anda termasuklah nama penuh, nombor Mykad, email dan seterusnya pengesahan akaun melalui kod yang dihantar ke telefon anda.
Langkah 3: Pengesahan gambar Mykad dan dan photo anda
- Step seterusnya pengesahan juga diperlukan mengenai photo Mykad depan dan belakang berserta photo terkini anda yang boleh anda dapatkan terus melalui telefon bimbit anda.
Langkah 4: Permohonan laporan Ctos secara percuma
- Apabila pendaftaran anda telah berjaya, kini anda boleh mendapatkan laporan kredit Ctos anda dengan secara percuma melalui basic repot.
- Disini anda akan mengetahui sekiranya terdapat tuntutan undang-undang saman atau bicara mahkamah yang dikenakan keatas anda sekiranya terdapat pinjaman yang tertunggak atau kada kredit yang tertunggak yang masih anda belum jelaskan hinggakan pihak pemberi pinjaman seperti bank-bank menuntut saman keatas diri anda di mahkamah.
- Melalui basic repot, anda juga boleh mengetahui status kebankrapan anda, rekod rujukan perdagangan, tarikh bicara, nombor kes dan mahkamah mana yang perlu anda hadir untuk perbicaraan sekiranya ada.
Kemudahan dan tawaran lain Ctos
Sekiranya
anda ingin mendapatkan laporan Ctos Score anda perlu membeli MyCtos Score repot
dengan bayaran RM 26.50 dengan kemudahan pembayaran melalui Visa, FPX, Boost
GrabPay dan juga Apps Touch n Go. Ctos Score anda boleh mendapatkan segala-gala laporan asas MyCtos, rekod CCRIS BNM dan akses kepada ganjaran yang diatwarkan.
Baca Juga: Cara Mengetahui Pinjaman Peribadi Intrest Paling Murah Secara Online
Dari pihak Ctos juga memberi tawaran untuk pengguna mereka dari Fraud Protection dan juga Credit monitoring dengan pengguna perlu melalukan subscribe kemudahan ini dengan bayaran RM 9.90 sebulan atau RM 99 setahun. Dengan kemudahan ini anda memperolehi 4 laporan MyCtos dalam setahun.
Baca Juga: Persediaan Untuk Buat Pinjaman peribadi Di Bank Rakyat Untuk Kakitangan Kerajaan

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.