Benarkah Talian Telefon Anda Unlimited Internet?
Benarkah talian telefon anda unlimited internet? Pada masa ini, internet amat penting sekali pada telefon bimbit kerana pengguna dapat melayari internet utuk mendapatkan berita-berita semasa, mencari informasi, melihat video, messenger dan banyak lagi kegunaan talian internet pada telefon pintar.
Persoalannya
disini, benarkah internet yang anda langgan menerusi talian telco seperti Digi,
Maxis, Celcom, Yes, Umobile dan lain-lain lagi benar-benar unlimited internet?
Kami akan mendedahkan kepada anda bagaimana mengetahui internet yang anda
langgan benar-benar mempunyai talian internet tanpa had. Baik ketahui tips-tips
ini sebelum mencari syarikat telco yang benar-benar membantu pelanggan tanpa
kos yang tersembunyi.
Kebanyakkan talian internet telco adalah laju
Tahukah
anda? Setiap talian internet yang anda langgan adalah sememangnya talian
internet yang boleh dikatakan laju lebih-lebih lagi sekarang kebanyakan syarikat
telco menyediakan perhidmatan 5G iaitu
internet berkelajuan tinggi yang terkini di Malaysia.
Jadi anda
tidak perlu hairan mengenai kelajuan internet pada masa ini kerana kelajuan
yang amat bagus terutama sekali di kawasan bandar. Masalah sekarang yang
menjadi rungutan masyarakat adalah, talian unlimited internet yang dilanggan
oleh pelanggan tiba-tiba menjadi lembab seperti siput?
Sebenarnya
dimana kesilapannya disini? Apabila keadaan ini berlaku, pelanggan akan
merunggut dan merasa marah dengan pihak telco yang dilangganinya. Bukan
internet yang menjadi slow tetapi internet pelanggan sebenarnya telah mencapai
limit penggunaan internet tersebut walaupun dikatakan sebagai unlimited
internet.
Perkataan
unlimited internet yang digunakan oleh kebanyakan syarikat telco adalah sebagai
promosi untuk menarik pelanggan yang baru dan lama agar melanggan perkhidmatan
yang mereka tawarkan sedangkan sebenarnya tidak semuanya begitu unlimited
internet.
Fahami Fair Usage Policy (FUP) yang dikeluarkan oleh syarikat telco
Ap aitu Fair
Usage Policy atau FUP bagi syarikat telco? FUP adalah had penggunaan sebenar
kuota internet bagi promosi unlimited internet yang ditawarkan oleh syarikat
telco. Kebanyakkan pelanggan akan keliru disini dan tidak memahami FUP syarikat
telco dan beranggapan internet yang ditawarkan adalah berpanjangan atau
unlimited internet tanpa had sehingga pertukaran bulan seterusnya.
![]() |
| Gambar Hiasan |
Disini lah
menjadi penyebab pelanggan akan tidak berpuas hati dengan syarikat telco yang
dilangganinya sedangkan pelanggan tidak memahami FUP syarikat telco.
Oleh itu, teliti lah dahulu FUP kuota data internet sebelum melanggan tawaran unlimited internet yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat telco. Jika FUP data internet adalah berbaloi untuk anda miliki kerana kuota data internet yang begitu besar, itulah pilihan yang terbaik untuk anda. Semoga artikel ini membantu anda, kongsikan kepada kami disini sekiranya anda memiliki pengetahuan dan idea yang lebih baik bagi mendapatkan unlimited internet yang terbaik.
Baca Juga:
1. Tips DapatNombor Telefon VVIP Di Celcom

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.