Wiper Kereta - Cara Pili Wiper Kereta Terbaik

Bagaimana cara pilih wiper kereta yang bagus dan terbaik? Pemilihan wiper kereta yang bagus sangat penting sekali terutama sekali pada waktu hujan yang lebat. Wiper kereta yang telah lama dan getahnya telah keras amat sukar untuk membersihkan kotoran serta air hujan pada cermin kenderaan. Ini boleh mengundang bahaya kepada pengguna kerana penglihatan yang kurang jelas.

Apabila penglihatan yang kurang jelas disebabkan getah wiper yang tidak lagi berfungsi dengan baik, perlunya anda menukar dengan kadar segera wiper kereta anda kerana bukan sahaja mengundang bahaya kepada diri anda tetapi  sebagai keselesaan anda. Berikut adalah cara yang benar bagi memilih wiper yang terbaik untuk kenderaan anda.

Pilih wiper kereta jenis silikon

Apa yang kami sarankan disini, anda harus memilih getah wiper yang diperbuat daripada silikon kerana ia mampu bertahan lama dan mampu membersihkan cermin hadapan kenderaan anda dengan bersih sekali. Wiper jenis getah silikon jika digunakan semasa hujan lebat sama ada siang atau malam hari, anda boleh melihat dengan jelas dan terang melalui cermin hadapan kenderaan anda.

Baca Juga: Cara Beli Cat Kereta Murah

Bagi wiper jenis getah yang biasa pula, ia juga masih mampu membersihkan cermin hadapan kereta dengan baik tetapi ketahanannya tidak sama dengan wiper jenis getah silikon.

Dapatkan wiper kereta di kedai asesori

Dimana boleh anda dapatkan wiper kereta getah silikon ini? Sudah tentunya anda boleh dapatkan melalui kedai asesori berhampiran tempat tinggal anda kerana kebanyakan kedai asesori ada menjual wiper getah silicon ini.

Wiper Kereta
Wiper Kereta
Bagi harga pula, wiper jenis silikon ini sudah tentunya harga agak mahal berbanding dengan wiper biasa kerana kualitinya dijamin yang terbaik untuk kereta anda. Apa yang perlu anda buat, hanya datang ke kedai asesori dan bertanya kepada pekerja kedai asesori mengenai wiper jenis silikon dan mereka akan membantu anda untuk memasangkan wiper itu untuk kereta anda.

Beli wiper di Shopee

Jika anda inginkan harga yang lebih murah, mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk melakukan servay di Shopee dan melakukan pembelian di web berkenaan jika harga lebih murah berbanding dengan harga yang ditawarkan di kedai asesori.

Baca Juga: Tip Mengenalpasti Masalah Kereta Sukar Dihidupkan Akibat Masalah Bateri

Di Shopee terdapat lebih banyak pilihan wiper jenis silikon tetapi pastikan anda benar-benar mendapatkan wiper silikon yang asli yang sesuai jenis model kereta anda. Membeli di Shopee pula, anda jangan lupa untuk belajar melakukan pemasangan sendiri wiper silikon terhadap kereta anda atau meminta bantuan dari rakan untuk memasangnya.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan