5 Punca Kenapa Harga Musang King Mahal?

Durian musang king atau kod rasmi  D197 adalah durian yang begitu terkenal sekali di negara kita. Pada musim durian, orang ramai akan berpusu-pusu mencari durian musang king untuk merasai kenikmatan raja buah durian ini.

Persoalan yang berlaku sekarang, kenapa buah durian musang king amat mahal sekali di negara kita sedangkan terdapat banyak ladang musang king? Jika kita melihat mana-mana gerai yang terdapat menjual durian musang king, harga sekilo boleh mencapai hingga RM 75 sekilo gram. Hal ini sudah tentunya bagi berpendapatan sederhana, ianya harga yang tidak masuk akal kerana harga yang begitu tinggi. Bagi orang kaya, harga tersebut tidak menjadi masalah bagi harga tersebut.

Punca-punca kenapa harga musang king begitu tinggi

Baiklah, kita akan menerangkan kepada anda mengapa harga musang king tidak masuk akal berdasarkan beberapa factor yang menjadi penyebabnya. Pada musim durian apabila terjadinya lambakan buah, harga musang king akan berkurang sedikit tetapi ianya tidak mempengaruhi penurunan harga tersebut kerana ia akan naik semula kepada harga pasaran yang biasa.

1. Durian yang amat sedap

Daya penarik utama bagi durian musang king adalah kerana kesedapannya yang sukar ditandingi oleh durian yang lain. Pesaing terdekat bagi durian musang kini adalah durian duri hitam D200 atau black thorn tetapi bagi pandangan penulis, nama durian musang king lebih dikenali berbanding durian duri hitam.

Adakah anda pernah merasai durian musang king? Bagi sesiapa yang pernah merasai durian  musang king, ia akan merasakan kesedapan buah durian ini akan mengatasi buah-buah durian yang lain hingga akan jatuh cinta dengan rasa buah durian ini yang begitu sedap sekali.

2. Mempunyai nama yang gah di pasaran dunia

Tahukah anda, sebenarnya ladang-ladang besar buah musang king di negara ini kebanyakannya bukan dijual di pasaran tempatan tetapi dijual ke negara-negara seperi China dan negara eropah? Sebab itu walaupun pada musim buah durian, tidak banyak buah durian musang king dijual di pasaran tempatan.

Durian
Gambar Hiasan
Harga musang king  yang dieksport boleh mencecah hingga RM 300 sekilogram bagi pasaran antarabangsa. Sebab itu durian musang king di negara ini dikomersial ke negara-negara yang luar serta ianya telah dikenali oleh pasaran dunia sebagai durian baka yang baik.

3. Permintaan yang tinggi

Durian musang king mempunyai permintaan yang sangat bagus sebenarnya. Oleh sebab itu kebanyakan petani komersial di negara ini sanggup untuk menanam beratus hektar durian musang king untuk dikomersialkan ke negara luar dan juga pasaran tempatan.

Pada musim durian bagi pasaran tempatan, apabila musang king telah berbuah, kebanyakannya buah durian musing king cukup lari terjual dan memperolehi permintaan yang tinggi sekali hingga buah durian musang king yang masih belum gugur telah ditempah oleh orang ramai yang begitu meminati rasa aroma durian ini.

4. Baka klon

Tahukah anda, durian musang king adalah baka klon? Maksudnya disini durian musang king tidak dapat ditanam daripada biji buah durian itu sendiri kerana durian musang king ini telah dikembang biak melalui teknik cantuman tunas.

Anda boleh mendapatkan bibit atau anak pokok durian musang king di kedai-kedai nuseri pertanian atau melalui jabatan pertanian sahaja dengan harga pasaran rata-rata bermula RM 30 hingga RM 100 sepokok bergantung kepada saiz anak pokok durian itu sendiri.

5. Durian yang susah untuk hidup

Menanam durian klon ini tidak semudah seperti yang anda sangkakan. Ia tidak semudah seperti menanam durian yang ditanam melalui biji kerana ianya lebih mudah untuk tumbuh dan mampu bertahan daripada sebarang penyakit.

Durian klon ini agak cerewet penjagaannya, jika anda tidak mempunyai ilmu yang mencukupi bagi teknik penanaman pokok durian klon, pokok durian musang king mudah terkena serangan penyakit dan akan mati. Penjagaan pokok durian musang king perlu dilakukan dengan amat teliti bagi memastikan pokok durian musang king dapat hidup tanpa sebarang serangan penyakit.

Baca Juga:

1. Cara Kurangkan Panas Akibat Makan Durian

2. Cara Bawa Durian Dalam Kapal Terbang

Comments

Popular posts from this blog

Preparation & Safety Tips Before Traveling

Waspada Semasa Berkawan Dengan Sumandak Dusun Sabah

Tip Cara Minum Cuka Epal Yang Betul

Pengalaman Fuel Pump Proton Gen-2 Rosak

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email