6 Tips Menjaga Telefon Agar Tahan Lama Dipakai
Bagaimana menjaga telefon atau smartphone anda agar tahan lama untuk dipakai? Cara penjagaan yang benar, membolehkan telefon pintar anda akan berusia lebih panjang tanpa sebarang kerosakan. Jadi betapa pentingnya ilmu pengetahuan mengenai tips penjagaan yang sepatutnya.
Pada zaman
sekarang, telefon ini begitu penting kerana banyak data-data yang disimpan di
dalam telefon dan jika telefon kita rosa kia sesuatu yang agak membebankan
kepada kita kerana terpaksa mendapatkan semula data-datang yang telah hilang
melalui telefon yang baru nanti. Dengan tips ini serbah sediki mampu
memanjangkan jangka hayat telefon anda ke tahun yang lebih lama.
Cara-cara menjaga telefon pintar agar tahan lebih lama
Baiklah
tanpa membuang masa, berikut adalah beberapa tips penting cara menjaga telefon
anda agar jangka hayat lebih lama. Jika anda mengamalkan tips atau petua ini
dengan secara konsisten. Percayalah telefon anda tidak mengalami sebarang
kerosakan dalam masa tempoh bertahun-tahun.
1. Guna cover telefon
Pertama
sekali, gunakan cover atau case pada telefon anda. Penggunaan cover telefon
yang sesuai perlu dan wajib dilakukan. Anda hanya perlu ke kedai asesori
telefon dan dapatkan cover telefon yang bertutup sepenuhnya atau bertutup
separuh.
Anda
disaran menggunakan cover yang mempunyai ketebalan yang sederhana, getah silicon
dan pastikan cover tersebut fit pada telefon anda. Anda perlu menukar cover
yang baru apabila cover tersebut telah ada tanda-tanda kerosakan atau koyak.
2. Guna screen protection
Apabila
telefon kita jatuh ke lantai, apa yang paling kita risaukan adalah mengenai
screen telefon yang akan pecah. Hal ini sudah tentunya akan menyebabkan anda harus
mengeluarkan kos menukar lcd screenyang agak mahal.
Bagi
mengelakkan hal ini berlaku dan meminimumkan kerosakan screen akibat jatuh ke
lantai, pasanglah screen protector pada telefon pintar anda. Jika boleh pasanglah
tempered glass screen protector kerana ianya amat tebal berbanding screen protector
yang biasa. Jika telefon anda jatuh
terhenpas ke lantai yang pecah adalah tempered glass screen protector tetapi
screen telefon anda masih selamat kerana andanya perlindungan yang baik.
3. Cara mengecas telefon
Salah satu teknik
untuk memanjangkan jangka hayat telefon anda adalah cara anda mengecas telefon
anda. Jangan selalu mengecas sehingga bateri full dan dibiarkan terlalu lama telefon
bercas. Cara ini akan memendekkan jangka hayat telefon anda.
Sebelum
anda tidur dan ingin mengecas telefon anda, tutup telefon anda dan jangan
biarkan di dalam keadaan masih terpasang. Mengecas telefon di dalam tempoh yang
lama dan telefon di dalam keadaan terpasang tidak bagus untuk bateri telefon
anda.
Telefon
canggih sekarang, anda boleh menetapkan had telefon untuk dicas ke tahap bateri
85% dan ia akan cut untuk mengecas apabila sampai ke tahap tersebut. Untuk
menetapkan had ini anda boleh tetapkan di dalam tetapan telefon anda.
4. Kurangkan bermain game
Adakah anda
sering bermain game pada telefon anda? Jika telefon anda memiliki banyak
data-data penting di dalamnya, anda disaran untuk mengurangkan penggunaan
telefon untuk bermain game. Guna lah telefon lain jika anda masih ingin bermain
game kerana terlalu kerap bermain game sebenarnya tidak bagus untuk jangkayat bateri
telefon anda dan amat berisiko tinggi lcd screen anda akan rosak.
5. Kurangkan menonton video
Menonton
video seperti youtube dan tiktok terlalu lama juga tidak baik untuk jangka hayat
bateri telefon anda kerana anda akan kerap mengecas telefon. Hadkan penggunaan
telefon untuk menonton video.
6. Kurangkan volume
Menetapkan tetapan volume telefon ke tahap yang paling tinggi adalah tidak bagus untuk speaker telefon anda. Jadi tetapkan volume telefon anda ke tahap yang sederhana bagi memastikan volume telefon anda tidak mengalami kerosakan disebabkan tetapan volume yang maksimum. Apabila speaker telefon anda rosak, sudah tentunya anda terpaksa menghantar telefon anda ke kedai untuk diperbaiki.
Baca Juga: Cara Mengatasi Handphone Android Hang Dalam Masa 5 Minit

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.