Penyakit Jantung Sembuh Selepas Amalan Makan Bawang Putih Tunggal
Beberapa bulan
lepas, penulis telah bercerita bersama seorang kawan, di dalam cerita tersebut,
dia telah mengalami penyakit jantung selama beberapa tahun dan seringkali hadir
temujanji dengan berjumpa doctor untuk rawatan penyakit jantung yang
dialaminya.
Apa yang
menariknya disini, kawan tersebut mengatakan penyakit jantung yang telah
dialami sembuh setelah mengamalkan makan bawang putih tunggal atau solo garlic bersama madu
kelulut di dalam anggaran 2 tahun. Beliau telah membuat pemeriksaan di hospital
dan doctor mengesahkan penyakit jantung yang dialami telah sembuh. Ia adalah pengalaman yang menarik bukan?
Penyakit jantung sembuh selepas mengamalkan dengan konsisten makan bawang putih tunggal
Sebagai pengetahuan
anda, kawan yang menghadapi masalah penyakit jantung ini telah diajar oleh rakan
sekerjanya berasal dari negeri Kelantan mengenai petua rawatan kampung bagi
merawat penyakit jantung iaitu dengan hanya bawang putih tunggal dan juga madu
asli kelulut.
Bagaimana
untuk mendapatkan bawang putih tunggal ini? Menurut kawan penulis tersebut,
beliau telah memperolehi bekalan bawang putih tunggal di laman web membeli
belah paling popular di negara ini iaitu Shopee. Menurutnya melalui laman web
Shopee, terdapat banyak penjual membekalkan bawang putih tunggal dengan harga
yang berbaloi.
Bagaimana
pula mengenai harga madu kelulut yang dijual di Shopee? Seperti yang kita
ketahui terdapat banyak penjual yang berbeza-beza di Shopee, jadi anda perlu
mencari penjual dengan harga yang paling murah dan berbaloi untuk dibeli serta
madu kelulut dijamin keasliannya.
Bahan-bahan
Berikut merupakan
bahan-bahan yang perlu anda sediakan bagi proses penyediaan herba bawang putih Tunggal dan juga madu kelulut.
- Madu kelulut asli- 1 botol
- Bawang putih tunggal- mengikut keperluan anda dan kulit dikupas
- Balang besar- Saiz bergantung kepada keperluan
Cara penyediaaan
Cara
penyediaan adalah sangat mudah sekali, bawang putih tunggal setelah dikupas
kulitnya dan dibersihkan dengan air bersih, masukkan ke dalam balang mengikut
keperluan anda.
Langkah
seterusnya tuang madu asli kelulut ke dalam balang yang berisi bawang putih tunggal
tadi dan kemudian tutup dengan rapat.
Simpan
balang di tempat yang berhaba suhu bilik dan perlu dperam selama anggaran 5 hingga
7 hari barulah sedia untuk dimakan.
Amalan pemakanan
Menurut
panduan yang diajar oleh rakan penulis, amalan pemakanan bawang putih Tunggal ini
harus dimakan dalam 3 kali sehari selama 3 bulan dan turunkan dos pemakanan 2
kali sehari selepas dari 3 bulan.
Apakah rasa
bawang putih tunggal selepasa diperam dengan madu kelulut? Rasanya sangat sedap
sekali umpama jeruk buah yang telah diperam. Rakan penulis menyarankan agar
tidak memakan bawang putih tunggal semasa di dalam keadaan mentah kerana gasnya
tersangat kuat dan dikhuatiri lidah atau mulut anda terbakar.
Jika anda
mempunyai masalah sakit jantung atau keluarga dan saudara mara yanh lain,
mungkin patut mencuba rawatan herba altenatif ini. Apa yang penting adalah anda
harus konsisten untuk memakannya sehingga penyakit anda pulih sepenuhnya.
Panduan ini hanyalah berdasarkan pengalaman penulis sahaja dan hanya berkongsi panduan ini agar pesakit penyakit jantung di luar sana mempunyai cara atau kaedah rawatan yang lain selain berjumpa dengan doctor. Walau begitu, panduan ini tidaklah menjamin kesembuhan penyakit yang anda alami tetapi kita ketahui bawang putih memiliki kandungan nutrisi terbaik terhadap tubuh badan kita termasuklah madu kelulut yang kaya dengan sumber vitamin semulajadi.
Baca Juga: Sireh Cina Herba Penawar Darah Tinggi Paling Ampuh

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.