Cara Berniaga Air Di Stadium
Adakah anda mempunyai plan untuk berniaga air di stadium? Idea ini mungkin berguna kepada anda sebagai persiapan untuk memulakan perniagaan air di stadium. Berniaga air di stadium mempunyai potensi keuntungan yang amat tinggi sekali disebabkan terdapat ramai orang akan datang di stadium terutama sekali terdapat event yang diadakan di stadium.
Selalunya acara
yang sering diadakan di stadium adalah perlawanan bola sepak dan sukan. Jadi
anda harus membuat persiapan yang teliti agar misi anda untuk berniaga di stadium
Berjaya dan memperolehi keuntungan yang berlipatkali ganda.
Langkah-langkah berniaga air di stadium
Sebelum
anda ingin memulakan perniagaan air di sekitar stadium berhampiran dengan
tempat tinggal anda, anda harus mengetahui setiap jadual perlawanan bola sepak
atau acara sukan yang diadakan di stadium.
Jika stadium kawasan anda sering kali digunakan di dalam perlawanan bola sepak yang terkenal di negara ini umpamanya Liga Malaysia, ia satu peluang terbaik anda untuk berniaga air kerana potensi keuntunggan yang besar.
![]() |
| Gambar Hiasan |
Acara-acara
sukan lain seperti acara sukan sekolah-sekolah, university atau pertandingan
sukan yang lebih besar seperti Sukma akan mengundang ramai pengunjung ke
stadium sekaligus memberi ruang besar kepada anda untuk memperolehi keuntungan
yang maksima hanya dengan berniaga air sahaja. Berikut merupakan tindakan yang
anda harus lakukan.
Hadir ke pejabat Kerajaan tempatan (PBT)
Langkah
pertama setelah anda mengetahui terdapat peluang untuk berniaga di kawasan stadium
di kawasan anda, hanya perlu ke pejabat utama kerajaan tempatan di kawasan tersebut
(PBT) misalnya jika anda tinggal di bandar Kuantan Pahang, anda hanya perlu ke
pejabat Majlis Perbandaran Daerah Kuantan.
Hadir di
pejabat majlis perbandaran adalah bertujuan mengenai kekosongan dan lesen tapak
berniaga di kawasan stadium sekiranya kawasan tersebut di bawah kelola oleh
pihak kerajaan tempatan. Jangan mencari pejabat di stadium pula kerana, anda
tidak akan menjumpainya melainkan kawasan sekitar tapak stadium juga dikelola
oleh majlis sukan bagi kerajaan negeri.
Hadir ke pejabat sukan kerajaan negeri
Setelah
anda hadir ke pejabat PBT, tetapi mereka mengatakan kawasan tersebut bukan
dibawah bidang mereka, jadi anda perlu hadir ke pejabat sukan yang mentadbir
pengurusan stadium tersebut mengenai tapak untuk berniaga sekiranya pihak
mereka lah yang menguruskannya.
Anda perlu
ingat, tidak semua stadium dikelola oleh majlis sukan kerajaan negeri tetapi
terdapat tempat diurus sendiri oleh PBT. Jadi anda perlu ingat dua tempat anda
kena harus berurusan iaitu PBT dan juga pejabat sukan Kerajaan negeri.
Bersedia dengan bayaran tapak berniaga
Berniaga
air di stadium bukan anda boleh perolehi dengan percuma ya, anda perlu bersedia
untuk beberapa bayaran tapak perniagaan yang dikeluarkan tender oleh PBT
sekiranya mereka yang mengelola kawasan tersebut dan mungkin majlis sukan jika kawasan
sekitar dikelola oleh pihak mereka.
Mengenai
bayaran pula, ianya bergantung kepada kata putus yang telah ditentukan oleh
pengelola kawasan itu. Jika pengelola kawaan itu mengatakan mereka akan
sediakan kanopi untuk peniaga, mungkin bayara agak mahal sedikit berbanding
dengan kanopi yang anda dsediakan sendiri.
Tempah tapak awal
Seperti
biasa, anda harus berhubung dengan pengelola kawasan stadium mengenai tawaran
tapak berniaga di stadium sekiranya terdapat acara besar akan dijalankan
beberapa minggu akan datang bagi menempah awal kawasan tapak untuk berniaga.
Menempah
tapak last minit akan mengakibatkan anda akan terlepas untuk mendapatkan tapak
untuk berniaga disebabkan bukan anda seorang sahaja yang mengambil peluang
untuk berniaga di sekitar setadium tetapi terdapat ramai pasaing yang lain
lagi.
Persediaan peralatan
Merancang
untuk berniaga di sekitar stadium merupakan peluang keemas an yang jarang orang
lain temui peluang ini hanya yang jiwa berniaga sahaja yang menemui peluang ini
sebenarnya. Jadi jika anda ingin benar-benar mahu berniaga di sekitar setadium semasa terdapat acara penting, anda seharusnya
telah bersedia dari segi peralatan asas untuk berniaga seperti , kanopi, balang-balang
air, meja, kerusi, lampu, menu-menu resepi air, banner, gelas plastic, straw
dan peralatan yang lain-lain lagi.
Selain dari
itu anda juga telah bersedia mengenai kenderaan anda untuk mengangkut peralatan
untuk berniaga bagi melancarkan perjalanan perniagaan anda.
Adakah berniaga air ini menguntungkan?
Berniaga
air di sekitar stadium sudah tentunya amat menguntungkan sekali lebih-lebih
lagi semasa acara diadakan adalah cuaca yang sangat panas sekali. Percayalah,
anda tidaka akan menang tangan untuk melayan pelanggan.
Berapa
keuntungan yang anda boleh perolehi? Iann ya bergantung kepada saiz besar
balang tempat anda menyimpan air sebenarnya. Jika satu balang air boleh mengisi
air gelas plastic ukuran sederhana besar sebanyak 50 gelas dengan harga segelas
air RM 3 anda jual, keuntungan kasar anda adalah sebanyak RM 150 bagi satu
balang.
Jika anda
menjual 5 balang air pelbagai jenis dan habis terjual, keuntungan kasar anda
adalah RM 750. Jika anda membancuh semula air manis dalam 5 balang yang telah
habis tadi dan kemudiannya telah habis terjual semula, keuntungan Kasar anda
adalah sebanyak RM 1500.
Baca Juga:
- Cara Berniaga Pasar Malam
- Buat Duit Beratus Ringgit Dengan Mudah Di Pasar Malam
- Tips Berniaga Mee Goreng Di Pasar Malam
- Berniaga Asesori Telefon Di Pasar Malam, Sejauh Mana Anda Perolehi Keuntungan?
- Potensi Bisnes Kasut Di Pasar Malam
- Jual Belon Gas Helium Di Pasar Malam Amat Menguntungkan
Ini hanyalah gambaran keuntungan melalui teori, keuntungan sebenar belum tentu lagi keran boleh dipengaruhi oleh banyak perkara dan terdapat risiko yang tersendiri apabila berlakunya hujan lebat dan juga rebut. Jadi anda perlu menilai pelbagai sudut bagi mengurangkan risiko kerugian.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.