Cara Cek Baki Kuota Internet Maxis Prepaid
Bagaimana cara cek baki kuota internet Maxis prepaid? Pertanyaan ini mungkin kepada anda yang masih tidak tahu cara untuk melakukan semakan baki internet Maxis lebih-lebih pengguna yang masih baru menggunakan pelan prepaid daripada Maxis.
Sebenarnya
terdapat beberapa cara untuk melakukan semakan kuota baki internet anda dengan
cara yang berbeza. Jika anda telah tahu mengenainya, anda boleh berkongsi
kepada kawan-kawan yang lain teknik mudah untuk semak baki internet.
Cara-cara buat semakan baki internet Maxis Prepaid
1. Dail *100#
Kaedah ini
adalah yang paling mudah sekali. Anda perlu dail melalui telefon pintar anda
*100# dan ikut arahan pada notification yang dihantar kepada anda. Selepas anda
dail *100# anda akan memperolehi contoh notification seperti ini,
Main
Balance: RM 20
Excl. Svc Tax
1. Internet
Passes
2. Add-On
pases
3. HotlinkMU
Deals
4. Top Up
5. Balance
Enquiry
6. My
Account & Others
01. Next
Page
Pilih pilihan nombor 5 iaitu “balance enquiry” dan anda diberi pilihan
seperti ini,
1. Internet
Passes
0. Back
00. Main
Menu
Pilih pilihan
1 iaitu “Internet Passes”. Disini anda akan memperolehi status baki internet terkini
anda. Pilihan notification mungkin berubah-ubah bergantung kepada aturan pihak
Maxis sendiri.
2. Melalui Hotlink apps Play Store
Bagi
pengguna Maxis untuk telefon pintar android, anda hanya perlu download aplikasi
Hotlink melalui Play Store. Setelah anda selesai download apps Maxis, daftarkan
nombor telefon anda dan anda akan memperolehi mesej nombor TAC Maxis ID keselamatan
sebagai pengesahan. Pendaftaran anda akan berjaya setelah memasukan nombor TAC
tersebut.
Melalui aplikasi
Maxis ini anda boleh membeli pelan internet Maxis terkini secara online,
menambah Top Up, menukar plan, mengetahui reward yang terkumpul, permainan
game, roaming antarabangsa, dan pelbagai lagi perkhidmatan dan tawaran-tawaran
terkini daripada pihak Maxis.
3. Melalui Hotlink apps AppStore
Bagi
pengguna Maxis untuk telefon pintar iOS, anda hanya perlu download aplikasi
Maxis melalui AppStore. Daftarkan butiran nombor telefon anda dan setelah
membuah pengesahan, untuk membuat semakan baki internet, anda hanya perlu tekan
butto internet untuk membuat semakan baki kuota internet terkini anda.
Melalui aplikasi
Maxis di iOS, sama seperti di apps Maxis di android, anda boleh membeli Top UP
secara online, membeli pelan-pelan terkini internet Maxis, roaming, mengetahui
reward yang terkumpul, menukar plan internet, dan pelbagai tawaran terkini
Maxis.
4. Melalui web rasmi Maxis
Selain dari
cara Semak baki internet prepaid Maxis diatas, anda juga boleh melakukan
semakan baki internet anda melalui web rasmi Maxis di https://selfserve.hotlink.com.my/ms/home.
Untuk melakukan semakan, anda hanya perlu mendaftarkan nombor telefon anda dan
anda akan auto login setelah anda membuat pengesahan melalui nombor TAC yang
dihantar kepada anda dengan memasukan nombor TAC.
Baca Juga:
- Cara MasukTopup Celcom
- Cara GunaWhatsApp Web Yang Mudah
- TawaranGila Umobile Postpaid Plan
- PakejTawaran Menarik Umobile Prepaid Plan 2023
- BenarkahTalian Telefon Anda Unlimited Internet?
Untuk
membuat semakan baki internet anda, hanya perlu tekan button “Internet balance”
dan anda akan dipaparkan mengenai baki terkini internet anda yang masih
tinggal.
Melalui web
ini anda boleh mendapatkan E-Penyata, SOS Top Up, menukar pelan, share Top Up,
menambah Top Up secara online, membeli pelan internet secara online, tawaran-tawaran
terkini Maxis dan pelbagai lagi perkhidmatan yang lain.
Semoga panduan ini berguna kepada anda, kongsikan kepada rakan-rakan yang lain sekiranya panduan ini membantu anda.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.