Cara Goreng Sardin Agar Tidak Meletup

Adakah anda seorang peminat sardin? Sardin dalam tin merupakan makanan yang tidak asing lagi di negara kita. Terdapat pelbagai jenis sardine tin yang anda boleh temui di pasaray misalnya jenama sardine yang paling popular sekali adalah daripada jenama Ayam Brand dan juga King Cup.

Jika anda seorang yang kreatif, sebenarnya sadin ini mempunyai pelbagai resepi yang anda boleh buat sendiri mengikut resepi yang anda inginkan misalnya mengoreng sadin untuk membuat sambal, sardine masak pucuk ubi, untuk membuat inti sandwich dan pelbagai lagi resepi berasaskan sadin yang begitu istimewa sekali.

Tips mengoreng sardin agar tidak meletup

Bagi anda yang ingin menggoreng sardin untuk dicampurkan bersama masakan sambal cili, masalah yang sering dialami adalah ikan sardine dalam tin yang ingin digoreng meletup-meletup semasa dalam proses mengorengnya.

Cara goreng Sardin Agar Tidak Meletup
Gambar Hiasan
Jadi bagaimana solusinya? Sebenarnya terdapat banyak tips untuk menjadikan ikan sardin yang digoreng tidak meletup berdasarkan pengalaman masing-masing. Kami akan berkongsi kepada anda mengikut petua berdasarkan pengetahuan yang dipelajari. Berikut adalah cara-cara yang anda boleh jadikan sebagai petua.

Bahan-bahan yang perlu disediakan

  1. Satu tin besar sardin Ayam Brand  atau jenama mengikut kesukaan anda
  2. Ikan dalam sardine diasingkan dan kuahnya tidak perlu dibuang
  3. Satu sudu makan tepung beras
  4. Minyak masak

Cara pertama mengoreng sardine agar tidak meletup

  • Setelah anda panaskan minyak pada kuali dengan api yang sederhana, masukkan satu sudu tepung beras ke dalam minyak.
  • Langkah seterusnya, masukkan satu persatu ikan sardine ke dalam kuali. Disini anda akan dapati, ikan sardine yang digoreng tidak lagi meletup-letup semasa anda menggorengnya.
  • Masa untuk menggoreng yang sesuai pula, di antara 10 minit hingga 13 minit untuk menjadikan gorengan sardine anda cukup garing dan sedap dimakan.
  • Jangan lupa untuk seimbangkan gorengan anda dengan terbalikkan ikan apabila gorengan sebelah bawah telah masak digoreng.

Cara kedua goreng ikan sadin tidak meletup

  • Tips kedua ini tidak jauh beza seperti tips yang pertama, cuma anda tidak perlu menggunakan tepung tepun beras. Langkah pertama, masukkan minyak ke dalam kuali dan masukkan sekali ikan sardin bersama-sama barulah anda memasang api gas dengan api yang sederhana.
  • Disini apabila minyak mula panas anda akan dapati gorengan sardine anda tidak lagi meletup disebabkan minya dimasak bersama-sama dengan sardine itu tadi.
  • Masa memasak seperi biasa, anda dinasihatkan untuk menggoreng di antara 10 minit hingga 13 minit.
  • Jangan lupa untuk terbalikkan ikan sardine anda agar masak dengan sempurna.

Kenapa perlu menggoreng ikan sardine?

Ikan sardine yang digoreng lebih sedap untuk dimakan berbanding dengan dimasak tanpa mengorengnya terlebih dahulu. Selain itu, cara ini adalah salah satu altenatif untuk menghilangkan bau hanyir padi ikan sardine terutamanya ikan sardine tin yang dijual dengan harga yang murah.

Baca Juga: 

  1. Resepi AyamMasak Kicap Sabah
  2. Resepi NasiGoreng Kampung Adabi
  3. Resepi AyamMasak Kicap Sedap
  4. Cara MasakTelur Dadar Simple Tetapi Menyelerakan
  5. Cara BuatResepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Antara resepi goreng ikan sardine yang begitu popular sekali adalah dicampurkan sekali bersama dengan sambal cili padi dan cili besar. Setelah menggoreng ikan sardine, bawang besar dihiris, bawang putih, bawang merah, cili padi, cili besar di kisar menggunakan blender dan ditumis bersama minyak.

Jika dimakan bersama dengan nasi yang masih panas, ditambah pula dengan telur dadar, gerenti anda akan makan penuh selera. Kami akan berkongsi mengenai resepi ini secara datail di artikel yang stereusnya ya. Moga tips ini serba sedikit membantu anda.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan