5 Cara Mengetahui Kasut Kulit Yang Asli

Bagaimana mengetahui kasut kulit yang anda beli benar-benar asli? Kasut kulit yang benar-benar asli adalah kulit yang diperbuat daripada kulit binatang misalnya kulit lembu, kulit kangaroo, kulit kijang, kulit babi, kulit buaya, kulit ular dan pelbagai lagi jenis kulit yang diperbuat daripada binatang.

Kasut kulit yang benar-benar asli amat tahan dan kasut anda boleh bertahan selama bertahun-tahun lamanya tanpa mengalami kerosakan. Masalahnya disini adalah cara mengenalpasti kasut yang dijual di pasaran adakah benar-benar kasut kulit yang asli? Terdapat banyak  kasut di pasaran yang menjual kasut kulit tiruan atau kasut kulit campuran yang tidak asli.

Cara-cara mengetahui kasut kulit yang benar-benar asli

Berikut adalah bebarapa cara atau tips bagaimana mengetahui kasut kulit tersebut adalah benar-benar asli. Dengan tips ini anda lagi tidak tertipu kerana terdapat banyak kasut kulit adalah kasut tiruan pada masa ini dan ini sudah tentunya akan merugikan anda sebagai pembeli lebih-lebih lagi kasut kulit yang asli memiliki harga yang begitu mahal sekali sebenarnya.

1. Teknik Menghidu

Teknik menghidu adalah cara yang paling mudah untuk mengenalpasti kasut adalah benar kulit asli. Kasut kulit yang asli mempunyai aroma yang tersendiri dan tidak terdapat pada kasut kulit tiruan. Apa yang anda perlu lakukan, pergi ke kedai kasut kulit terkenal misalnya, jenama Kangaroo, Butik Adidas, atau jenama terkenal yang lain, pilih kasut kulit di kedai berkenaan dan cuba untuk menghidunya bagi mengenalpasti bau kasut kulit sebenar.

Pembuatan kasut kulit asli
Gambar Hiasan

Apabila anda pergi ke kedai yang menjual kasut kulit yang anda ragukan keaslianya, hidu semula kasut tersebut adakah kasut kulit itu mempunyai aroma yang sama dengan kasut kulit yang anda hidu di butik kasut kulit yang terkenal. Jika aromanya adalah sama, sudah tentunya kasut tersebut adalah kasut kulit yang asli. Jadi kesimpulannya disini, aroma kulit asli harus anda kenalpasti dahulu.

2. Melihat Jenama

Salah satu tips yang boleh juga digunapakai adalah, dengan melihat jenama kasut kulit itu sendiri. Kasut kulit yang terkenal seperti jenama Jeep, Kanggaroo, Lee chooper, Timberland, Johnston & Murphy, Dr. Martens, dan banyak lagi jenama terkenal merupakan penanda aras keaslian kasut kulit tersebut kerana jenama kasut terkenal sememangnya memiliki reputasi yang baik di dalam pembuatan kasut kulit yang asli.

Jadi bagi mengenal pasti kasut kulit yang asli, pergilah ke kedai butik kasut kulit yang terkenal kerana ianya sah kasut kulit yang asli berbanding anda pergi ke kedai kasut biasa yang memang diragukan keaslian kasut kulit tersebut.

3. Buatan tangan

Tahukah anda kebanyakannya kasut kulit yang dijual di pasaran adalah buatan tangan? Kasut kulit yang asli memerlukan kepakaran individu sebenarnya untuk melakukan design kasut itu sendiri kerana proses pembuatan kasut kulit memerlukan teknik yang betul dalam pembuatannya.

Perhatikan kasut kulit yang dijual, ianya dibuat dengan teliti dengan jahitan yang memerlukan kepakaran tangan seseorang danbukannya diperbuat daripada bantuan mesin semata-mata tetapi dibuat bersama-sama dengan kepakaran tangan manusia itu sendiri di dalam pembuatan kasut kulit yang asli.

4. Harga

Dari segi harga pula, kasut kulit yang benar-benar asli dijual dengan harga yang amat tinggi kerana kualiti kasut kulit asli itu sendiri. Kasut kulit yang benar-benar mahal adalah kasut kulit yang diperbuat daripada kulit buaya kerana sejak dari dahulu lagi ianya terkenal dengan ketahanan.

Jika kasut kulit yang anda nampak djiual di pasaran dengan harga yang murah, berhati-hati mengenai keasliannya kerana selalunya ianya adalah kasut kulit yang palsu. Jadi harga memainkan peranaan di dalam menentukan kasut kulit itu adalah benar asli atau tidak.

5. Teknik membakar

Jika anda masih ragu lagi mengenai keaslian kasut kulit yang anda beli, anda boleh melakukan sedikit eksperimen dengan membakar pada bahagian hujung lidah kasut kulit. Anda boleh menggunakan lighter atau lilin untuk mencuba kajian ini.

Baca Juga: Tips Kasut Kulit Tahan Bertahun-tahun

Jika kasut kulit yang benar-benar asli, jika anda membakarnya ianya sangat susah untuk dibakar kerana ianya diperbuat dari kulit haiwan yang asli. Jika anda melakukan eksperimen ini dan kasut kulit terbakar, ia menandakan kasut kulit  itu adalah tidak asli kerana diperbuat dari bahan yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan