Cara Kurangkan Panas Badan Akibat Makan Durian

Bagaiamana cara mengurangkan panas badan akibat terlalu banyak memakan durian? Durian adalah antara makanan buah-buahan yang paling popular di negara ini apabila tibanyaa musim durian hingga ada diantara anda yang kaki makan durian memakan terlalu banyak buah ini hingga badan terasa panas.

Jika kita terlalu makan banyak durian, amat berisiko kita mengalami demam kerana sifat durian yang panas. Oleh itu, perluanya makan berpadah-padah ketika memakan durian kerana ia boleh mengakibatkan kepanasan badan serta ketidakselesaan disebabkan badan kita terasa panas akibat memakan durian yang banyak.

Tips mengurangkan rasa panas akibat terlalu banyak makan buah durian

Berikut adalah beberapa tips bagi mengurangkan rasa panas yang dialami akibat terlalu memakan buah durian. Jika anda mengamalkan petua ini ia serba sedikit mengurangkan kepanasan badan anda. Baik mari kita lihat petua ini sebagai panduan anda.

1. Minum air bersih dengan banyak

Salah satu tips bagi mengurangkan rasa panas akibat terlalu banyak memakan buah durian adalah dengan meminum air masak dengan banyak secara berperingkat. Seperti yang kita sedia maklum, meminum air boleh mengurangkan sifat panas buah durian yang kita makan.

Kami mencadangkan, dapatkan air mineral 1.5 liter, dan minum lah sedikit demi sedikit hingga air mineral itu habis. Jika perlu, tambahkan lagi meminum air mineral hingga rasa panas itu hilang. Anda tidak digalakkan meminum air dengan banyak secara terus kerana ia akan menyebabkan ketidakselesaan pada perut anda kerana kekenyangan dengan air.

2. Letakkan air pada bekas buah durian

Petua ini telah diamalkan sejak dari dahulu  lagi dan disampaikan secara genarasi ke genarasi sebagai satu petua yang ampuh bagi menghilangkan rasa panas akibat terlalu banyak makan buah durian. Cara amalanya adalah, selepas anda memakan durian, bekas tempat isi buah durian iaitu kulit durian diisi dengan air masak dan minum lah air tersebut.

Buah Durian
Durian.
Rata-rata yang mengamalkan tips ini mengatakan tiada terasa panas badan selepas memakan buah durian. Ini bermakna, tips ini mungkin berkesan sebagai rahsia untuk mengelakkan badan terasa panas selepas memakan buah durian.

3. Minum air cap badak

Salah satu tips yang begitu popular bagi mengurangkan rasa panas akibat memakan buah durian adalah dengan meminum air cap badak atau Rhino Water. Air cap badak adalah air diformulasasikan sebagai air penyejuk badan yang sangat berkesan.

Bagi pengggemar buah durian, mereka akan menyediakan beberapa botol air cap badak untuk diminum selepas memakan buah durian yang banyak. Antara amalan yang mereka lakukan adalah meletakkan air cap badak pada bekas tempat isi buah durian iaitu kulit durian dan kemudiannya air cap badak akan diminum selepas selesai memakan buah durian.

Bagaimana petua-petua anda?

Tips ini diambil atau ditulis berdasarkan pengalaman-pengalaman sebenar bagi mereka yang tahu bagaimana untuk mengurangkan panas badan akibat terlalu memakan buah durian yang sedap lebih-lebih lagi dengan buah durian yang berkualiti seperti durian musang king, durian duri hitam, durian mas johor, dan pelbagai lagi variety durian gred AAA.

Baca Juga: Cara Bawa Durian Dalam Kapal Terbang

Bagi anda pula, apakah tips atau petua untuk mengurangkan rasa panas akibat terlalu banyak memakan buah durian? Jika anda memiliki petua lain yang sama berkesan bagi mengurangkan rasa panas akibat memakan banyak buah durian, kongsikan kepada kami disini sebagai panduan dan kebaikan bersama-sama.

Baca Juga: Cara Pilih Tembikai Manis Yang Betul

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan