Cara Masak Ikan Kukus Style Sabah
Bagaimana memasak ikan masak kukus cara style sabah ya? Pertanyaan in mungkin sesuai kepada anda yang ingin memasak citarasa yang lain mengenai cara-cara resepi membuat resepi ikan kukus cara orang Sabah yang super umph walaupun hanya simple sahaja cara masakannya.
Ikan masak
kukus ini sebenarnya mempunyai banyak resepi yang berbeza bergantung kepada kawasan
atau sukuk aum sesuatu tempat. Ikan masak kukus style Sabah ini sebenarnya cara
masakan ikan di daerah pedalaman Sabah iaitu di daerah Tambunan. Cara masakan ikan
kukus adalah berbeza dari cara masakan yang anda sudah ketahui sebelum ini. So,
mari kita belajar mengenai resepi simple ini.
Bahan-bahan yang perlu disediakan
- Ikan tenggiri – Potong mengikut kesesuaian anda
- Bawang putih- Ditumbuk menggunakan lesung
- Bawang merah- Ditumbuk menggunakan lesung
- Serai- Dipotong dan dipecahkan pada batang
- Asam keping- Satu keping
- Halia- Dipecahkan setelah kulit dibuka
- Daun kantan- Dihiris
- Minyak makan-Mengikut keperluan
- Garam- Secukup rasa
- Ajinomoto- Secukup rasa
Cara-cara memasak
- Langkah yang pertama, anda hanya perlu masukkan ikan tenggiri ke dalam kuali, dan masukkan sedikit air separas dengan ikan yang telah dimasukkan tadi.
- Masukkan bawang putih, bawang merah, serai, halia, daun kantan dan asam keping.
- Hidup api di gas memasak anda dengan api yang sederhana. Tunggu sehingga air mendidih dan masukkan garam serta ajinomoto secukup rasa.
- Biarkan air mendidih sehingga air tinggal sedikit pada kuali dan barulah anda menuangkan minyak pada masakan anda. Pastikan minyak telah pecah sebati barulah anda mematikan api.
- Yay! Masakan anda siap untuk dihidangkan bersama-sama dengan nasi yang masih panas.
Mengenai resepi ini
Resepi ini
sebenarnya anda boleh tambahkan lagi bahan-bahan seperti cili padi, cili besar
untuk rasa yang lebih ump! Ikan pula tidak semestinya dengan ikan tenggiri
sahaja, anda boleh menggunakan pelbagai jenis ikan untuk memasaknya. Ia
bergantung kepada anda untuk menggunkan ikan mengikut citarasa anda.
![]() |
| Gambar Hiasan |
Tahukah
anda, di Sabah, mereka tidak terlalu meletakkan terlalu banyak rempah bagi
mengekalkan rasa original terhadap sesuatu masakan. Di Semenanjung pula,
masakan mereka lebih kepada menggunakan rempah-rempah ratus sebagai bahan utama
di dalam masakan mereka, oleh sebab itu perbezaan kelihatan ketara di dalam
penggunaan rempah di dalam masakan dan masing-masing mempunyai keunikan yang
tersendiri.
Baca Juga:
- Cara MasakTelur Dadar Simple Tetapi Menyelerakan
- CaraMerebus Telur Separuh Masak Dan Telur Masak Sepenuhnya
- Resepi NasiGoreng Ikan Bilis Simple Dan Sedap
- Cara MasakTelur Goreng Masak Kicap
- Resepi AyamMasak Kicap Sabah
Di Sabah, resepi
ini bukan sahaja menggunakan ikan laut tetapi mereka juga menggunakan ikan sungai
iaitu ikan kelah. Resepi ikan kukus ini digelar masakan ‘pinarasakan’ bagi kaum
Dusun, dan sesetengah dari mereka memasak resepi ikan kukus ini tanpa
menggunkan sedikit minyak pun.
Rahsia
memasak resepi ini tidak memerlukan api yang besar tetapi harus dimasak dengan
api yang sederhana untuk mengelakkan ikan ini hancur semasa proses mendidih. Jadi
anda perlu berhati-hati ketika anda memasak mengikut resepi ini terutama
mengenai api pada gas memasak anda.
Semoga tips
resepi ini membantu anda. Kongsikan kepada orang lain sekiranya anda pernah
memasak resepi ini untuk perkongsian bersama. Jumpa lagi artikel resepi seterusnya.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.