Cara Pilih Botol Susu Sesuai Untuk Bayi
Bagaimana memilih botol yang sesuai untuk bayi anda? Mungkin sesetengah dari anda tidak tahu bagaimana tips pilih botol susu sesuai untuk si kecil anda. Mungkin anda adalah ibu muda? Baru pertama kali memperolehi bayi, tahniah.
Tips ini
adalah sesuai untuk anda jadikan sebagai panduan agar dapat melakukan pemilihan
botol susu yang tepat. Di pasaran sekarang, terdapat begitu banyak sekali botol
susu yang dijual bermula dari harga yang murah hingga yang mahal. Jadi mana
satu pilihan yang lebih baik?
Cara memilih botol susu sesuai untuk baby anda
Baik lah,
tanpa membuang masa, berikut merupakan tips mudah yang boleh anda jadikan
sebagai panduan semasa melakukan pemilihan botol susu yang sesuai untuk si
kecil anda.
1. Memilih ukuran botol susu
Jika baby anda baru lahir, adalah lebih baik untuk anda menyusukan sendiri dengan susu badan anda berbanding dengan penggunaan susu formula. Jika bayi anda berusia 3 bulan keatas dan anda ingin menyusukan dengan susu formula, anda digalakkan untuk memilih botol susu berukuran kecil terlebih dahulu.
Maksudnya disini ia adalah botol susu bagi new born, kerana memilih botol susu yang berukuran kecil memang sesuai bagi bayi yang baru lahir. Botol susu dengan ukuran yang besar sudah tentunya dikhaskan bagi bayi yang berusia lebih dari 9 bulan keatas.2. Memilih puting yang sesuai
Memilih putting
botol susu yang sesuai amat penting bagi bayi anda. Jika bayi anda baru lahir,
memilih putting khas bagi new born adalah penting kerana putting tersebut
dikhaskan kepada bayi yang baru lahir.
Lihat panduan
pada kotak puting bagi menentukan puting tersebut sesuai bagi bayi berdasarkan
umur bayi anda. Terdapat putting dihkaskan bagi bayi 0-3 bulan, 3-6 bulan dan
begitulah yang seterusnya.
Pastikan puting
yag dijual adalah lembut dan tidak keras serta diperbuat dari getah asli yang
tahan lama untuk digunakan. Salah satu jenama putting botol susu yang paling popular
adalah dari jenama Doctor Baby. Jenama ini amat terkenal sejak dari dulu lagi
kerana ketahanan dan getahnya yang lembut.
Lubang pada
putting juga harus anda lihat, jika lubang kecil sesuai bagi bayi yang baru
lahir, jika lubang puting agak besar sedikit sesuai bagi bayi yang berumur 6
bulan keatas.
3. Memilih botol susu BPA Free
Beberapa
tahun yang lepas di negara kita dikecohkan oleh penggunaan botol susu yang
mengandungi BPA (Bisphenol-A) yang sangat berbahaya kepada kesihatan bayi dan
botol susu ini banyak dijual di pasaran. Oleh itu Kerajaan telah menetapkan
setiap botol susu untuk bayi harus mengandungi label BPA Free yang boleh
dilihat pada bawah botol susu tersebut.
Baca Juga: Manfaat Susu Soya Untuk Ibu Mengandung
Jadi amat
penting untuk anda memilih botol susu yang mengandungi label BPA Free bagi memastikan
botol susu tersebut selamat untuk bayi anda. Jangan sesekali membeli botol susu
tanpa apa-apa label BPA Free kerana ia sangat berisiko mengandungi bahan kimia
yang sangat merbahaya kepada bayi anda.
Baca Juga: Cara Masak Bubur Untuk Bayi

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.