Cara Pilih Pisang Yang Manis Dan Elok Dimakan

Memilih pisang di pasaran memerlukan sedikit tips atau petua bagi menentukan adakah pisang itu masih elok untuk dimakan, manis atau masih terlalu muda. Memilih pisang bergantung kepada keperluan anda sama ada untuk dimakan selepas makan atau untuk membuat goreng pisang, kek atau resepi yang lain.

Tanpa memiliki pengetahuan di dalam pemilihan pisang, anda mungkin terpilih pisang yang tidak lagi elok ataupun rosak dan hal ini sudah tentunya akan merugikan anda sebagai pembeli. Untuk mendapatkan buah pisang, sudah tentunya anda boleh dapatkan di pasaraya, pasar tani atau kedai buah-buahan.

Cara memilih pisang yang manis dan masih elok

Pisang yang dijual di pasaran kebanyakannya diperolehi oleh pemborong dari ladang pisang komersial atau melalui petani-petani kecil. Harga pisang berbeza-beza mengikut tempat atau kawasan. Sesetengah tempat, harga pisang terasa amat mahal sekali tetapi sesetenga kawasan lain pula,harga pisang adalah murah. Ianya bergantung kepada permintaan pasaran sebenarnya. Baik, berikut adalah beberapa petua di dalam pemilihan pisang semasa anda membeli di kedai.

Varieti jenis pisang

Buah pisang ini mempunyai banyak variety yang berbeza, seperti pisang hotel, pisang emas, pisang Sabah, pisang abu, pisang rastali dan banyak lagi jenis pisang. Jadi betapa pentingnya anda memilih jenis pisang mengikut keperluan anda.

Pisang

Anda hanya perlu bertanya kepada penjual pisang di kedai, adalah pisang yang dijual untuk membuat kerepek atau sesuai untuk dimakan terus jika anda tidak mengetahui jenis pisang tersebut. Pisang Sabah atau pisang abu selalunya digunakan untuk membuat goreng pisang ataupun kerepek jadi ia tidak sesuai untuk dimakan terus kerana rasanya agak masam dan manis.

Pemilihan warna

Semasa ingin memilih pisang di kedai, tanya diri anda sendiri sama ada pisang tersebut untuk dimakan terus pada hari itu ataupun untuk dimakan beberapa hari yang akan datang. Jika anda membeli pisang untuk dimakan terus, pemilihan warna yang telah kekuningan adalah perlu bagi memastikan pisang tersebut benar-benar telah masak.

Jika anda membeli pisang untuk dimakan beberapa hari yang akan datang, pilihlah pisang yang masih mempunyai warna hijau pada hujung pisang. Ia sebagai tanda pisang tersebut memerlukan beberapa hari untuk masak sepenuhnya.

Berbintik cokelat

Jika anda ingin memilih pisang yang telah masak sepenuhanya dan siap untuk dimakan, pilih lah pisang yang mempunyai bintik-bintik cokelat di sekitar kulit pisang. Lagi banyak bintik cokelat, pisang tersebut akan bertambah manis. Ini lah rahsianya disini.

Jika kulit pisang terlalu banyak bintik dan kelihatan sedikit lembap kehitaman pada kulit, ia sebagai petanda pisang tersebut terlalu masak sepenuhnya dan tidak lagi elok dimakan kerana pisang tersebut akan memasuki fasa menjadi buruk disebabkan terlalu masak.

Jangan memilih lebam

Perhatikan kulit pisang adakah terdapat lekukan kehitaman pada kulit pisang, ia sebagai tanda pisang tersebut telah ditekan dan dalamanya sebahagian telah rosak. Jika terdapat benjolan pada kulit pisang juga menandakan pisang tersebut tidak baik dimakan.

Memerhatikan keseluruhan buah pisang adalah perlu bagi memastikan tiada terjadi kerosakan pada pisang yang anda ingin beli. Luka akibat pisau atau benda tajam pada pisang akan menyebabkan kulit pisang akan menjadi rosak.

Mengenai petua ini

Petua-petua ini adalah berdasarkan pengalaman, kajian, pengalaman orang lain bagaimana untuk memilih pisang yang manis dan elok untuk dimakan. Ia agak mudah untuk diikuti panduan ini bukan? Mungkin sebelum ini anda tidak mengetahui petua ini, diharap dengan panduan ini ia serbah sedikit dapat membantu anda untuk memilih pisang yang elok.

Petua lain, jika anda ingin memilih pisang untuk dibuat kerepek, anda harus memilih pisang yang masih hijau dan telah matang. Memilih pisang yang terlalu muda, menyebabkan ianya tidak elok untuk dijadikan kerepek.

Di Sabah, pisang yang paling popular adalah pisang Sabah atau pisang abu kerana ia mempunyai pembeli yang tetap dan paling popular sekali untuk dibuat pisang goreng dan juga kerepek. Kongsikan artikel ini jika ianya bermanfaat. Bertemu lagi di tips-tips yang seterusnya.

Baca Juga: Cara Pilih Pisang Yang Manis Dan Elok Dimakan

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan