Cara Pilih Stokin Yang Benar Dan Selesa Dipakai

Bagaimana memilih stokin yang benar dan selesa menurut pandangan anda? Fungsi sebenar stokin adalah untuk menjaga keselesaan kaki semasa pemakainan kasut dan untuk mengelakkan kaki berbau akibat berpeluh kerana tidak memakai stokin.

Di pasaran terdapat banyak jenis stokin yang dijual dengan harga yang berbeza-beza serta kualiti yang juga berbeza. Tahukan anda? Terdapat stokin yang dijual langsung tidak memiliki kualiti hingga anda memakainya sendiri pun tidak selesa. Jadi betapa pentingnya anda memiliki pengetahuan bagi memilih stokin yang benar untuk menjaga keselesaan kaki anda semasa memakai kasut.

Cara pilih stokin yang sesuai dan selesa dipakai

Baik, tidak banyak tips bagaimana memilih stokin yang selesa tetapi dengan hanya tip-tip ini sahaja pun sudah memandai bagi keselesan kaki anda semasa anda memakai kasut. Tahukah anda? Stokin ini amat mempengaruhi semangat anda untuk berjalan ke mana-mana. Berikut adalah tips yang patut anda jadikan sebagai panduan semasa memilih stokin di pasaraya.

1. Tapak stokin yang tebal

Tips yang pertama semasa memilih stokin yang ada dijual di pasaraya adalah dengan melihat ketebalan pada bahagian tapak kaki stokin. Sentuh, pegang dan rasakan ketebalan tapak kaki pada stokin, jika ianya tebal, ia adalah salah satu kriteria yang perlu anda pilih.

Stokin
Stokin
Kain tapak kaki stokin yang nipis sebenarnya tidak menjadikan anda selesa untuk memakainya tetapi berisiko tinggi menyebabkan kaki anda akan tercedera apabila memakai kasut yang mempunyai tapak yang keras.

Sesetengah kasut yang mahal memang selesa dipakai walau menggunakan stokin yang nipis kerana kualiti kasut itu sendiri tetapi jika anda memakinya dengan stokin yang tebal, ia akan menjadikan anda akan terasa lebih selesa.

2. Stokin tidak terlalu panjang

Pilih lah stokin yang tidak terlalu panjang hingga sampai lebih ke betis. Ada sesetengah orang lebih suka memakai stokin separas buku lali dan ada orang suka memakai stokin di bawah betis. Ia bergantung kepada keselesaan anda tetapi jangan terlalu Panjang jika anda memakai stokin hanya untuk ke pejabat.

3. Pemilihan warna stokin

Warna stokin juga memainkan peranaan bagi kesesuaian dengan kasut yang dipakai. Stokin warna hitam kelihatan boleh digunapakai di semua jenis kasut, tetapi warna stokin berwarna warni lebih sesuai dipakai apabila anda di dalam keadaan santai misalnya ke kompleks membeli belah dengan kasut yang dipakai berwarna cerah.

Baca Juga: Petua Kaki Berbau Akibat Pakai Kasut

Memakai kasut berwarna hitam, cokelat gelap, kelihatan lebih sesuai digayakan Bersama stokin dengan warna yang lebih gelap iaitu warna hitam.

4. Stokin kain cotton 100%

Ini adalah tips yang terpenting sebenarnya. Stokin yang dipilih haruslah 100% diperbuat daripada kain cotton bagi menjamin keselesaan yang paling maksimum. Kain cotton % adalah amat sesuai dipakai dan terasa amat selesa kerana kain jenis ini adalah menyerap peluh dan menjamin keselesaan pemakaian sepanjang hari.

Stokin kain cotton 100% memang harganya sedikit mahal berbanding dengan stokin biasa. Jangan terpengaruh dengan tawaran harga yang sangat murah bagi stokin kain cotton kerana selalunya ia adalah palsu dan kain tersebut bukan diperbuat dari kain cotton.

Baca Juga: Tips Kasut Kulit Tahan Bertahun-tahun

Semasa melakukan pemilihan stokin di mall, telitilah jenama stokin tersebut dan jenis material kain yang digunakan. Pastikan ianya bertulis 100% kain cotton dan ini memberi jaminan anda telah melakukan pemilihan stokin yang terbaik dan tahan lama untuk digunapakai.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan