Cara Semak Baki Internet Celcom Prepaid

Bagaiman cara semak baki internet Celcom prepaid? Pertanyaan ini mungkin bagi anda yang baru melanggan pakej prepaid daripada Celcom atau sebagai panduan bagi anda yang telah lupa cara membuat semakan baki internet.

Untuk membuat semakan baki internet Celcom prepaid, anda tidak perlu risau kerana terdapat cara yang mudah untuk membuat semakan. Jika anda sudah mengetahuinya cara ini, kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain agar mereka turut mengetahui teknik mudah untuk mengetahui baki internet anda.

Cara cek baki internet Celcom yang mudah

Baik berikut adalah beberapa cara atau langkah yang anda boleh buat semakan baki internet berdasarkan panduan yang diberikan oleh pihak Celcom sendiri. Terdapat 6 cara untuk membuat semakan dengan mudah.

1. Dail *124#

Langkah yang paling mudah, anda hanya perlu dail *124# melalui telefon pintar anda dan ikuti panduan langkah demi langkah berdasarkan pilihan-pilihan di dalam mesej yang anda perolehi untuk membuat semakan baki internet anda.

Dengan cara dail *124# anda akan mengetahui baki internet semasa anda dengan cara yang paling pantas sekali. Membuat semakanbaki internet memerlukan masa anda kurang dari 1 minit.

2. Melalui apps Celcom Life di Android

Bagi pengguna Celcom untuk telefon pintar Android, anda hanya perlu download aplikasi Celcom Life melalui Play Store. Daftarkan telefon anda melalui aplikasi berkenaan dan anda terus boleh membuat semakan baki internet anda secara langsung.

Celcom
Credit: Celcom
Melalui aplikasi Celcom Life juga, anda boleh membeli Top Up secara online, membeli pelan internet, promosi-promosi terbaru Celcom dan pelbagai lagi perkhidmatan yang ditawarkan.

3. Melalui apps Celcom Life di iOS

Untuk pengguna Celcom yang menggunakan telefon pintar iOS, anda hanya download aplikasi Celcom Life melalui AppStore dan daftarkan nombor telefon anda dan menerusi aplikasi ini anda juga boleh secara terus dapat membuat semakan baki internet semasa anda.

Melalui aplikasi Celcom Life di AppStore, anda seperti biasa boleh membuat pembelian kredit secara online, membeli pelan internet terkini Celcom, promosi terkini, dan pelbagai lagi perkhidmatan yang ditawarkan khas untuk pengguna Celcom.

4. Melalui Web Celcom Life

Pengguna Celcom juga boleh membuat semakan baki internet melalui website Celcom Life di https://www.celcom.com.my/life-hub/login. Untuk mendaftar, anda hanya perlu memasukkan nombor telefon anda dan setelah itu, anda akan menerima TAC number yang dihantar melalui nombor telefon anda.

Masukkan nombor TAC di di kolum disediakan melalui website Celcom Life dan anda akan dibawah terus ke akaun anda. Disini anda boleh terus membuat semakan baki internet semasa anda, membuat pembelian kredit secara online, membeli pelan internet dan pelbagai lagi perkhidmatan yang ditawarkan khas untuk pengguna Celcom.

5. Membuat semakan baki internet di kedai Kiosk Celcom

Mungkin cara ini tidak disarankan kepada anda tetapi jika anda masih tidak tahu untuk membuat semakan, anda boleh hadir ke mana-mana kiosk Celcom berhampiran tempat tinggal anda untuk bertanya kepada mereka mengenai baki internet semasa anda. Sudah pasti pelayan Celcom sudi membantu anda untuk membuat semakan dengan secara percuma.

6. Bertanya kepada rakan pengguna Celcom

Anda sebagai pengguna Celcom boleh meminta bantuan kepada rakan-rakan pengguna Celcom prepaid yang lain untuk membuat semakan baki internet semasa anda jika anda benar-benar tidak mengetahui semua tips yang dinyatakan diatas.

Semoga panduan ini membantu anda, kongsikan panduan ini kepada kawan-kawan bagi kebaikan bersama.

Baca Juga: 

  1. Benarkah Telefon Anda Unlimited Internet?
  2. Cara melanggan Call Me Tone Celcom (CMT)
  3. Celcom Free Internet Trick
  4. Tips Dapatkan Nombor Telefon VVIP Di Celcom
  5. Cara Bayar Bil Postpaid Celcom Secara Online
  6. Cara mengetahui Bil Terkini Postpaid Celcom Secara Online
  7. Cara Masuk Top Up Celcom
  8. Pelan Terbaru Pengguna Postpaid Celcom Di Pasaran

Comments

Popular posts from this blog

Preparation & Safety Tips Before Traveling

Waspada Semasa Berkawan Dengan Sumandak Dusun Sabah

Tip Cara Minum Cuka Epal Yang Betul

Pengalaman Fuel Pump Proton Gen-2 Rosak

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email