Cara Tanam Pokok Bunga Kertas Hidup Subur Dan Berbunga Lebat

Bagaiman menanam bunga kertas yang anda tanam di halaman rumah hidup subur? Pertanyaan ini mungkin selalu bermain di fikiran terutama mereka yang beru berjinak-jinak di dalam penanaman pokok bunga.

Jika pokok bunga ditanam dengan cara yang betul, tanaman pokok bunga di halaman rumah pasti hidup subur dan berbunga dengan amat lebat sekali. Pokok Bungan bukan sahaja ditanam terus ke tanah tetapi melalui pasu yang dibeli melalui kedai nuseri dan pasar raya.

Teknik menanam pokok kertas agar hidup subur dan berbunga lebat

Sebenarnya pokok bunga raya ini tidak susah untuk menanamnya, pokok ini amat mudah untuk tumbuh jika anda mengetahui cara yang betul untuk menanamnya. Pokok Bungan ray aini terdapat pelbagai jenis mengikut bunga yang akan keluar semasa berbunga seperti warna merah, purple , biru, kuning, putih dan lain-lain lagi. Berikut adalah teknik untuk menanam pokok kertas agar hidup sebur dan berbunga lebat.

Penggunaan tanah kompos

Asas untuk menanam poko bunga adalah penggunaan baja kompos. Buka tidak boleh menggunakan tanah biasa tetapi tanah kompos ini telah diyakini mengandungi sumber mineral yang baik untuk pokok kertas anda.

Pokok Bunga Kertas
Anda boleh membeli tanah kompos melalui kedai pertanian atau kedai nuseri dengan harga yang masih mampu milik jika anda tidak tahu membuat sendiri tanah kompoh di rumaha anda. Anda boleh menggnuakan tanah kompos jika anda menanam terus ke pasu anda atau di tanah halaman rumah anda.

Penggunaan baja penggalak akar

Semasa hendak menanam pokok bunga kertas di pasu atau tanah anda harus menggunakan baja penggalak akar bagi menggalakan pertumbuhan akar yang baru pada pokok bunga anda. Akar yang kuat adalah rahsia untuk menjadikan pokok bunga kertas anda hidup subur.

Untuk mendapatkan baja penggalak akar anda boleh mendapatkan di kedai pertanian atau kedai nuseri di tempat tinggala anda dengan harga yang murah. Anda juga boleh mendapatkan dengan secara online melalui Shopee dan juga Lazada.

Penggunaan baja NPK

Apabila pokok bunga anda telah hidup selama 2 hingga 3 bulan, anda digalakkan untuk menggunakan baja NPK iaitu baja kimia bagi memaksimumkan pertumbuhan pokok bunga kertas anda. Guna lah dengan bacaan yang rendah dahulu barulah menggunakan baja NPK dengan bacaan 16+16+16 mengikut sukatan yang betul.

Perlu anda ingat, menggunakan baja NPK yang berlebihan boleh menyebabkan pokok bunga kertas anda akan mati disebabkan terlebih baja.

Penggunaan baja buah

Penggunaan baja buah ini amat penting apabila pokok bunga kertas anda mula mengeluarkan bunga. Penggunaan baja buah akan menggalakan penggeluaran bunga yang sangat banyak keatas pokok bunga kertas anda. Percayalah pokok bunga kertas anda akan blooming dengan cantik sekali.

Penggunaan baja organik

Setelah menggunakan baja buah pada pokok bunga kertas anda dan bunga-bunga akan berguguran akhirnya bagi memberi ruang pengeluaran pucuk yang baru, anda harus menggunakan baja organik bagi meneutralkan semula tanah di sekitar pokok bunga kertas anda. Penggunaan baja NPK secara berterusan tidak baik untuk pertumbuhan pokok bunga.

Penyiraman yang konsisten

Salah satu rahsia untuk pokok bunga kertas anda kekal hidup subur adalah dengan menyirami secara konsisten pada seawal waktu pagi dan pada waktu petang. Sirami lah pokok bunga kertas anda dan ia akan kekal subur dan hidup dengan lebih lama kerana menerima bekalan air yang mencukupi. 

Jangan sesekali tidak menyirami pokok bunga kertas anda kerana ia boleh menyebabkan pokok bunga kertas anda akan mati disebabkan kekurangan air.

Baca Juga:

  1. Rahsia Pokok Bunga Di Halaman Rumah Berbunga Lebat
  2. Rahsia Bunga Ros Jepun Hidup Subur Dan Bunga Merimbun Kemabang Satu Taman
  3. Rahsia Bunag Atau Tanaman Halaman Rumah Hidup Subur
  4. Cara Memperbanyak Bunga Di Halaman Rumah Anda

Comments

Popular posts from this blog

Preparation & Safety Tips Before Traveling

Waspada Semasa Berkawan Dengan Sumandak Dusun Sabah

Tip Cara Minum Cuka Epal Yang Betul

Pengalaman Fuel Pump Proton Gen-2 Rosak

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email