Cara Tanam Bunga Pukul 9 Pagi Hidup Subur

Bunga pukul sembilan pagi atau di dalam bahasa saintifik dikenali sebagai portulaca grandiflora merupakan bunga yang dikatakan berasal daripada negara Brazil. Bunga ini biasa ditemukan di negara Amerika Syarikat dan kini bung aini telah menyebar ke serata dunia.

Bunga pukul 9 merupakan bunga yang sangat unik sekali kerana bunga ini akan mekar pada tepat pukul 9 pagi. Bunga ini mempunyai banyak jenis dan dikatakan terdapat lebih dari 100 jenis bunga pokok sembilan dengan warna bunga yang berbeza.

Bunga ini bukan sahaja unik dan cantik tetapi mempunyai nilai perubatan yang sanggta tinggi sekali  terutama sekali dalam pengubatan terhadap hepatitis, sirosis hati, membantu mengeluarkan racun, ubat digigit ular, penyakit eczema, dan pelbagai lagi manfaat kesihatan tubuh badan manusia.

Cara-cara menanam bunga pukul sembilan agar hidup subur

Bunga pukul sembilan mempunyai peminat yang tersendiri untuk menanamnya disebabkan keunikan dan kecantikan pokok bunga ini. Untuk menanam pokok bung aini tidaklah sesukar seperti pokok bunga lain kerana bung aini amat tahan sekali dan mampu hidup di Kawasan berbatu dan Kawasan yang kurang air. Walau begitu semasa proses untuk menanam, harus dilakukan dengan cara betul agar dapat tumbuh dengan sempurna. Baik berikut adalah teknik untuk menanam pokok bunga ini.

1. Penggunaan tanah kompos

Kami mencadangkan pokok bunga pukul 9 pagi ditanam di pasu yang berukuran sederhana dahulu. Anda boleh mendapatkan anak pokok bunga ini dari pokok induk dan melemindahkan ke pasu yang baru. Pokok bung aini sebenarnya boleh hidup dalam apa jua jenis tanah pun terutama tanah yang berpasir tetapi untuk menjadikan kesuburan pokok ini dengan maskima, adalah lebih baik penggunaan tanah kompos.

Bunga Pukul 9
Photo by, Carl Lewis Licenced Via Creativecommons.org
Anda boleh mendapatkan tanah kompos di kedai pertanian atau nuseri pokok bunga yang selalunya mudah diperolehi di tempat ini. Tanah kompos kita yakini mempunyai kandungan yang kaya dengan sumber mineral dan vitamin yang baik untuk tanaman.

2. Penggunaan baja penggalak akar

Selepas menanam pokok bunga pukul 9 pagi pada sebelah petang, siramilah dengan air dengan mencukupi dan jangan lupa menggunakan baja penggalak akar jenis cecair bagi menggalakan pertumbuhan akar yang kuat terhadap anak pokok bunga anda.

Akar yang kuat akan memudahkan pokok bunga anda membesar dengan kuat dan subur. Ikutilah panduan penggunaan pada penggalak akar cecair mengikut produk yang anda beli. Penggunaan pengalak akar yang betul, anda akan melihat perubahan yang ketara di dalam pertumbuhan anak pokok bunga anda.

3. Penggunaan baja organik

Anggaran sebulan anda menanam anak pokok pukul sembilan pagi ini, untuk mengekalkan kesuburan bunga ini, gunalah baja organic bagi memastikan pokok bunga membesar dengan subur sekali. Anda akan melihat perubahan apabila selepas membaja, daun akan menjadi kehijauan, kelihatan gemuk, begitu juga pada batangnya.

Baja lah pokok bunga anda dengan baja organic secara berkali anggaran seminggu atau dua minggu sekali. Penggunaan baja organic seperti baja tahi ayam yang telah diproses, baja kopi atau baja organic yang lain amat bagus untuk pertumbuhan pokok bunga anda.

4. Penyiraman secara konsisten

Di dalam penanaman pokok bunga, salah satu rahsia bagi mengekalkan kesuburan pokok bunga anda adalah dengan menyirami secara konsisten pokok-pokok bunga anda pada waktu pagi dan pada waktu petang setiap hari.

Kegagalan untuk menyirami pokok-pokok bunga anda lebih-lebih lagi pokok bunga ditanam di pasu akan mengakibatkan pokok bunga anda berisiko tinggi untuk mati.

Baca Juga:

  1. Rahsia Pokok Bunga Di Halaman Rumah Berbunga Lebat
  2. Cara Tanam Pokok Bunga Kertas Hidup Subur Dan berbunga Lebat
  3. Rahsia Bunga Ros Jepun Hidup Subur Dan Bunga Merimbun Kembang Satu Taman
  4. Cara Memperbanyak Pokok Bunga Di Halaman Rumah Anda

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan