Rahsia Cara Tanam Pokok Cili Subur Dan Berbuah Lebat

Salah satu tanaman yang popular di negara ini adalah pokok cili kerana bukan sahaja mempunyai permintaan yang tinggi tetapi memiliki pulangan harga yang lumayan apabila di jual di pasaran. Jadi anda tidak perlu hairan apabila terdapat ramai yang menanam cili kerana permintaan yang besar terhadap tanaman ini.

Bagi anda yang tidak tahu bagaimana untuk menanam cili, perlunya anda memiliki pengetahuan yang benar di dalam penanaman pokok cili kerana tanpa Teknik yang benar, Impian anda akan musnah kerana pokok cili ini jika tidak dijaga dengan betul, ianya mudah diserang dengan penyakit. Menjaga pokok cili sebenarnya amat cerewet sebenarnya dan tidak mudah seperti yang anda sangkakan.

Teknik menanam cili hidup subur dan berbuah lebat

Artikel ini adalah mengenai asas penanaman pokok cili sebenarnya tetapi kami menyelitkan beberapa rahsia pokok cili anda hidup subur dan berbuah lebat apabila ianya ditanam di tanah. Terdapat cara penanaman yang lebih baik iaitu penanaman melalui sabut kelapa dengan penggunaan baja AB tetapi ia adalah teknik yang berbeza cara penanamanya. Ini adalah cara menanam pokok cili di tanah atau di ladang khas untuk petani kecil agar mereka mampu memperolehi pendapatan yang lumayan.

1. Varieti cili

Pertama sekali, variety jenis apa cili yang anda ingin tanam? Di pasaran terdapat banyak jenis pokok cili seperti cili padi, cili Kulai, Cili bengala, cili solok, cili putih, cili besar seperti cili big johor, Sakata 461, dan di sabah pula terdapat cili yang dipanggil cili pondan yang terkenal dengan ketahannya apabila ditanam, cili putih, dan bermacam lagi jenis cili.

Cili Padi
Apa pun jenis cili yang anda ingin tanam, pasyikan ianya mempunyai harga yang baik di kawasan anda agar usaha anda berbaloi. Cili padi adalah jenis cili yang sentiasa mempunyai harga yang terbaik di pasaran kerana ianya terkenal dengan kepedasannya dan jenis cili ini disukai oleh kebanyakkan rakyat di negara ini. Oleh itu ia mempunyai permintaan yang tinggi.

Salah satu variety cili yang terkenal adalah cili yang dikacuk melalui pendebungaan silang digelar cili hybrid. Cili hybrid adalah jenis cili baka pertama dan dianggap amat tahan dengan serangan penyakit. Jadi anda disaran untuk menanam jenis cili ini kerana sifat ketahannya yang telah diakui oleh petani komersial. Untuk mendapatkan benih cilih hybrid, anda boleh mendapatkan di kedai pertanian berhampiran tempat tinggal anda.

2. Cara menyemai anak biji cili

Cara menyemai cili bagi petani tradisional adalah dengan membuat tapak semaian dan menanam benih cili di tapak semaian tersebut dengan menutupinya dengan pondok kecil agar tidak disinari sinaran matahari. Cara ini agak lambat kerana terdapat cara yang lebih baik dengan membeli dulang semaian yang boleh dibeli di kedai-kedai pertanian.

Sebelum menyemai, biji cili tersebut harus direndam di dalam air suam dan dibiarkan sehari dan setiap biji cili yang timbul diasingkan kerana biji cili yang timbul sebagai petanda cili tersebut adalah baka yang tidak baik. Anda hanya perlu memilih jenis cili yang tengelam sahaja kerana cili yang tengelam adalah cili yang dikatakan cili yang subur apabila ditanam nanti.

Sebelum anda menanam benih cili, pastikan anda meletakkan racun kulat terlebih dahulu agar tidak mengalami serangan kulat semasa anda menyemai pada dulang semaian. Anda disaran untuk menanam pada waktu petang pada dulang semaian dan menutupinya dengan plastic berwarna hitam selepas menyirami dengan air. Penggunaan tanah kompos amat penting untuk digunakan pada dulang semaian bagi menjamin kesuburan anak pokok cili anda nanti.

Cili anda akan tumbuh dan bermula bertunas bermula 5-7 hari dan pada masa itulah penutup plastik dibuka dan jangan sesekali mendedahkan kepada sinaran matahari kerana ia sangat berisiko untuk mati. Biarkan anak pokok cili di dalam semaian hingga mengeluarkan 4 hingga 6 daun. Jangan lupa menyirami dengan air pada waktu seawall pagi dan petang dengan air yang mencukupi begitu juga penggunaan baja pengalak akar anggaran seminggu sekali mengikut sukatan yag ditetapkan.

Bila anda telah merasakan anak pokok cili telah kuat untuk ditanam di ladang anda, barulah anda menanamnya pada waktu petang. Jangan menanam pada waktu pagi kerana ia berisiko untuk anak pokok anda stress disebabkan sinaran matahari. Menyirami dengan air adalah penting semasa anda menanamnya pada tanah.

3. Bulan penanaman

Bagi penanaman cili di ladang secara terbuka, betapa pentingnya anda menilai bilakah bulan yang sesuai untuk menanam cili kerana di negara ini pada bulan-bulan tertentu, akan berlakunya kemarau dan pada hujung tahun dan awal tahun, akan berlakunya musim hujan.

Lihatlah ramalan cuaca dahulu dan jangan sesekali menanam cili pada musim kemarau kerana pokok cili anda sangat berisiko untuk mati melainkan anda mempunyai sistem pengairan bagi penyiraman tanaman cili anda. Begitu juga menanam pokok cili pada musim hujan, pastikan ladang anda tidak ditengelami oleh air atau risiko berlakunya banjir.

4. Pengunaan baja organic

Bagi penanaman secara tradisional, petani cili akan melakukan pembakaran secara teruka pada ladang mereka dan barulah cili akan ditanam tanpa menggunakan apa-apa baja. Apa yang menariknya disini, pokok cili yang mereka tanam, kebanyakkanya hidup subur disebabkan tanah pada ladang telah dibakar dengan api hingga penyakit seperti kulat di dalam atanah akan mati disebabkan oleh pembakaran di ladang.

Kaedah yang terbaik, selepas anda menanam pokok cili di ladang dan anda melihat pokok cili telah membesar dengan baik, anggaran sebulan selepas ditanam, digalakkan meletakkan baja organic bagi memaksimumkan kesuburan pokok cili anda. Penggunaan baja organic seperti baja tahi ayam, adalah penting. Tanpa baja pada tanaman bagaimana anda memaksimumkan keuntungan penanaman cili anda?

5. Pengunaan baja NPK

Pada bulan kedua anda harus meletakkan baja NPK dengan nilai 16+16+16 dengan sukatan yang betul pada pokok cili anda bagi pembesaran yang seimbang. Ini adalah untuk mengalakkan pertumbuhan yang lebih cepat dan subur terhadap pokok cili anda. Anda hanya perlu meletakkan baja ini hanya sebulan sekali.

Pada bulan ketiga, apabila pokok cili anda mula mengeluarkan bunga, penggunaan baja NPK iaitu baja buah dengan nilai seperti 12+12+17 atau 13+13+21 amat penting bagi melihat pokok cili anda berbuah sangat lebat. Pada bulan keempat selepas anda menuai buah cili, penggunaan baja organic harus digunakan semula bagi meneutralkan tanah pada pokok cili.

6. Penggunaan racun

Bagaimana dengan penggunaan racun? Di dalam penanaman komersial untuk kebun cili, perlunya penggunaan racun untuk cili anda misalnya penggunaan racun kulat, racun untuk kawalan serangga dan racun untuk kawalan penyakit cili kerana itulah risiko yang harus anda tempuhi di dalam penanaman cili. Penggunaan racun harus mengikut sukatan yang betul agar tidak membahayakan orang ramai.

Jika ladang cili anda tidak mengalami serangan penyakit atau serangga, perlunya anda menghadkan penggunaan racun di ladang anda kecuali lah terdapat serangan yang teruk. Di pasaran pertanian, terdapat banyak jenis racun untuk anda gunakan tetapi haruslah digunakan menurut pertimbangan dan kesesuaian.

Baca Juga: Jenis-Jenis Varieti Cili Mempunyai Harga Terbaik Di Pasaran

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan