Apa Harus Dilakukan Apabila Tayar Kereta Pancit Di Tengah Jalan
Apa yang harus anda lakukan apabila tayar kereta pancit di tengah jalan? Tayar kereta pancit adalah sesuat hal yang tidak kita jangkakan apabila kita memandu kereta di jalan raya. Mungkin sebelum anda bergerak dari rumah, anda harus membuat pemeriksaan terlebih dahulu tayar kenderaan anda.
Apabila
tayar kereta pancit, beberapa langkah harus anda lakukan sembelum melakukukan
penukaran tayar kereta. Menukar tayar kereta sebenarnya tidak susah jika
alat-alat keperluan telah tersedia di dalam kereta anda. Jadi anda tidak perlu
risau mengenainya, cuma setiap pemanduan anda harus melakukan pendekatan yang
berhati-hati.
Langkah-langkah yang perlu anda lakukan apabila tayar kereta pancit
Apabila anda dapati tayar kereta anda pancit semasa memandu, anda jangan sesekali meneruskan pemanduan anda kerana dikhuatiri tayar kereta anda akan bertambah rosak dan yang paling teruk rim kereta akan pecah.
![]() |
| Gambar Hiasan |
Jika tayar kereta cuma angin
sahaja yang kurang mungkin anda boleh
memandu dengan kelajuan perlahan untuk ke bengkel terdekat. Baik berikut adalah
Langkah-langkah perlu anda lakukan apabila tayar kereta mengalami masalah.
Berheti di tepi jalan
Langkah
pertama anda lakukan, berhenti di tepi jalan dan pastikan anda berhenti bukan kawasan
selekoh yang boleh membahayakan diri anda daripada kemalangan kerana kawasan selekoh,
selalunya kereta akan memandu dengan laju.
Berhentilah
di tepi jalan di kawasan yang lurus dan terdapat ruang yang jelas dari
kenderaan lain untuk melihat kenderaan anda berhenti.
Tarik hand brake
Sebaik
sahaja anda berhenti di tepi jalan, tarik hand brake kereta anda. Ia untuk memastikan
kereta anda tidak mengelosor turun atau maju ke depan apabila melakukan
penukaran tayar nati. Pastikan brake tangan kereta anda berfungsi dengan baik.
Buka lampu kecemasan
Hal yang
paling penting adalah membuka lampu kecemasan. Pastikan ianya berfungsi bagi
kereta anda dilihat oleh kenderaan lain untuk mengelakkan berlakunya
kemalangan.
Buka bonet belakang
Buka bonet
belakang kereta anda dan sediakan keperluan bagi membuka tayar seperti jek
kereta, spana pembuka skru tayarndan juga tayar spare
Letak kun penghadang
Jika kereta
anda mempunyai kun kecemasan, letakkan lah kun kecemasan beberapa meter dari
jarak kereta anda dan jangan letak terlalu hampir dengan kereta biarlah jarak
agak jauh sedikit dari kereta anda agar memudahkan kenderaan lain melihat
kereta anda di dalam kecemasan.
Jika tiada
kun kecemasan, anda perlu letakkan apa-apa tanda kecemasa seperti ranting-ranting
kayu yang masih berdaun dan letakkan lah agak jauh di belakang kereta anda.
Jika ada kain
berwarna merah, jadikan sebagai bendera dan letakkan lah agak jau di belakang
jereta anda sebagai isyarat kecemasan terhadap kenderaan anda.
Keluarkan spana pembuka tayar
Keluarkan spana
pembuka tayar kereta anda dan longgarkan nut skru tayar dahulu, pastikana anda
membawa sekali kepala pembuka nut tayar yang disambung melalui spana pembuka
tayar. Jangan jack tayar dahulu kerana ia sukar untuk dibuka apabila tayar anda
telah terangkat.
Keluarkan jack tayar
Keluarkan
jack tayar kereta anda dan jack tayar hingga tayar terangkat. Jangan terlalu
tinggi atau terlalu rendah, anggaran tayar kereta boleh dibuka sudah memandai.
Buka tayar yang telah pancit dan letakkan di bawah kenderaan.
Keluarkan spare tayar
Keluarkan tayar
simpanan di bonet belakang anda dan pastikan angin tayar mencukupi dan pasang
ke bahagian tayar yang telah dibuka tadi. Masukkan nut skru semula dan turunkan
jack tayar dan barulah nut skru diketatkan menggunakan spana pembuka tayar
bersama kepala pembuka nut tayar tadi.
Bawa ke bengkel berhampiran
Masukkan tayar
yang telah pancit di bonet, spana pembuka tayar, jack tayar, pembuka nut tayar,
kun kecemasan ke dalam bonet kereta anda dan segeralah ke bengkel yang
berhampiran untuk memperbaiki kebocoran tayar kereta anda.
Peralatan membuka tayar harus mencukupi
Apa yang
paling penting sekali di dalam bonet kereta anda, sentiasa pastikan alat-alat
keperluan seperti spana pembuka tayar, pembuka nut tayar, kun kecemasan, pum
angin tayar elektrik, penampal tayar, tayar pendua dan diy spana perlu ada di
dalam kereta bagi persediaan apabila tayar kereta bocor semasa anda memandu di dalam
perjalanan.
Jika alat-alat ini anda tidak sediakan, cara terakhir adalah mmbuat panggilan terhadap insuran kereta anda untuk meminta bantuan untuk menunda kereta anda di bengkel yang berhampiran atau meminta bantuan orang lain untuk membantu anda untuk menukar tayar yang pancit.
Baca Juga:
1. PentingnyaAlignment , Balancing, Dan Rotation Tayar Untuk Panjangkan Usia Tayar Kereta

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.