Apa harus Dilakukan Apabila Cermin Kereta Pecah
Apabila tingkap kereta pecah, sesetengah dari anda tidak tahu apa yang harus dilakukan hinggakan terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk kos pembelian alat ganti cermin kereta yang telah pecah.
Cermin
kereta pecah mungkin disebabkan oleh kerana terkena batu semasa memandu,
kemalangan kecil, atau perbuatan jenayah yang dilakukan oleh individu tidak
bertanggungjawab. Prosuder atau cara yang tepat harus anda lakukan apabila
menghadapi masalah tingkap kereta anda pecah.
Ini harus dilakukan apabila cermin kereta pecah
Cermin
kereta yang pecah memerlukan kos yang agak tinggi bagi penggantian alat ganti
cermin kereta yang baru. Selain dari itu, kos untuk pemasangan cermin kereta
juga adalah kos yang berbeza jika anda mendapatkan alat ganti di tempat yang
berbeza dan tempat pemasangan yang berbeza. Baik, berikut adalah cara atau idea
harus anda lakukan apabila cermin kereta anda pecah.
1. Hubungi insuran anda
Perkara
pertama yang perlu anda lakukan apabila cermin kereta anda pecah adalah
menghubungi insuran anda. Tanya kepada insuran anda sama ada cermin kereta anda
termasuk dalam pakej insuran yang anda ambil sebelum ini terhadap kereta anda.
Perlu anda
ingat juga, sesetengah insuran kereta tidak melindungi tingkap kereta yang
pecah. Oleh sebab itu betapa perlunya anda ketahui pakej insuran yang anda
telah ambil sebelum ini.
2. Buat laporan polis
Jika cermin
kereta anda yang telah pecah dilindungi
oleh insuran kereta anda, perlunya anda membuat laporan polis bagi rujukan
pihak insuran anda sebagai pengesahan dan urusan claim insuran.
Anda hanya
perlu datang ke mana-mana balai terdekat dan buat laporan rasmi mengenai
penyebab kepada cermin kereta anda pecah dan bawa laporan tersebut kepada pihak
insuran kereta anda untuk urusan penggantian cermin kereta yang baru.
Jika cermin
kereta anda pecah disebabkan oleh kemalangan yang disebabkan kecuaian oleh
orang lain atau disebabkan kejadian jenayah, sangat penting untuk membuat
laporan polis terlebih dahulu.
3. Dapatkan alat ganti di kedai halfcut
Sekiranya anda
tidak dapat claim insuran bagi tingkap kereta anda, hanya pergi ke kedai halfcut
untuk mendapatkan cermin kereta terpakai
bagi jenis model kereta anda. Kedai Half cut selalunya mempunyai banyak alat
ganti cermin kereta bergantung kepada model kereta anda.
Mengapa
kedai halfcut? Harga alat ganti yang ditawarkan di kedau halfcut lebih murah
dibandingkan dengan harga cermin kereta yang baru.
4. Kenal pasti kos pemasangan
Kos
pemasangan bagi cermin kereta adalah berbeza-beza dengan bengkel yang lain,
oleh itu betapa pentingnya anda melakukan servay terlebih dahulu untuk mendapatkan
harga yang lebih murah dan sesuai dengan kemampuan kewangan anda.
Berapa lama untuk memasang cermin kereta yang pecah? Bagi kiri dan kanan tingkap, masa pemasangan boleh dikatakan sekejap dan cepat tetapi bagi pemasangan pada bahagian belakang cermin dan hadapan cermin memerlukan masa yang agak lama untuk siap disebabkan pemasangan yang agak sulit dan perlu dipasang dengan cara yang betul.
Baca Juga:
1. CaraMengatasi Keretakan Cermin Kereta Dari Merebak
2. 6 SebabKenapa Perlu Memasang Tinted Pada Cermin Kereta Anda

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.