Petua Merawat Penyakit Kurap Dengan Daun Gelenggang
Masalah kurap seringkali dihidapi oleh golongan yang berada di dalam persekitaran yang kotor begitu juga kurangnya pengetahuan mengenai cara membersihkan diri dan pakaian dengan benar amat berisiko tinggi dijangkiti penyakit kurap.
Ubat
penyakit kurap bukan sahaja boleh diperolehi di farmasi dan klinik tetapi salah satu
ubat merawat kurap juga boleh diperolehi melalui tumbuh-tumbuhan iaitu pokok gelenggang.
Daun gelenggang atau nama saintifik dikenali sebagai senna alata tergolong di dalam keluarga fabaceae telah terkenal sejak dari dulu sebagai ubat untuk merawat
penyakit kurap dan panau dengan berkesan.
Cara-cara penyediaan daun gelenggang
Bagaimana
merawat kurap yang anda hadapi dengan daun gelenggang? Baik berikut adalah
beberapa petua yang diamalkan untuk merawat penyakit kurap dengan daun
gelenggang, termasuklah penggunaan akarnya sekali.
1.Tumbuk daun gelenggang
Apa yang
anda perlu lakukan, tumbuk daun gelenggang anggaran 5 helai atau 7 helai
sehingga keluar air pati gelenggang. Cara yang mudah hanya tumbuk daun
gelenggang dengan menggunakan lesung batu agar anda dapat memperolehi air pati dengan mudah.
2. Akar pokok gelenggang direbus untuk mandian
Akar pokok
gelenggang pula dierebus sehinggan mendidih dan jadikan sebagai mandian anda.
Mandi dengan akar pokok gelenggang amat bagus terutama sekali bagi mereka yang
menghadapi banyak penyakit kurap di kawasan badan.
Cara merawat kurap dengan daun gelenggang
1. Mandi dan bersihkan diri
Setelah air
rebusan akar pokok gelenggang tadi telah sejuk, capurkan dengan air bersih pada
besen mandian anda. Mandi dengan rebusan akar gelenggang dan bersihkan dan
keringkan diri anda setelah selesai menggunakan air rebusan akar gelenggang.
2. Sapukan
air pati gelenggang
Setelah
anda telah selesai mengeringkan badan anda, sapukan pati daun gelenggang ke
tempat penyakit kurap anda. Lakukan rutin ini 2 kali sehari hingga penyakit
kurap yang anda alami sembuh sepenuhnya.
Dimana boleh anda dapatkan pokok gelenggang?
Sebenarnya
pokok gelenggang mudah diperolehi di kawasan tepi semak ataupun di dalam hutan.
Jika anda telah menemuinya cuba untuk tanam sebagai kegunaan anda di masa yang
akan datang. Mungkin anda boleh mengunjungi nuseri tanaman herba jika terdapat
di kawasan tempat tinggal anda.
![]() |
| Pokok Gelenggang |
Sesetengah
tempat pula, nama pokok gelenggang adalah berbeza-beza bergantung kepada tempat
tersebut. Jadi cuba anda tunjukkan gambar ini kepada penduduk kampung jika nama
pokok gelenggang mereka tidak kenal.
Tahukah
anda di Shopee telah terdapat produk yang telah dihasilkan kepada krim bagi
merawat penyakit kurap? Mungkin anda boleh mendapatkan produk tersebut sebagai
kegunaan anda bagi merawat penyakit kurap yang anda alami.
Semoga tips ini bermanfaat kepada anda untuk merawat penyakit kurap yang anda alami. Sekiranya anda mempunyai kaedah lain bagi merawat kurap yang lebih berkesan anda boleh berkongsi kepada kami di sini sebagai panduan bersama.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.