Petua Hilangkan Alahan Semasa Mengandung

Ramai ibu-ibu dan dan bakal ibu mengandung akan merasa mual apabila waktu mengandung hingga menyebabkan muntah-muntah dan langsung tak lalu makan. Perkara ini adalah normal sebenarnya dan terdapat ibu-ibu yang mengalami alahan sehingga 9 bulan.

Anda pula bagaimana? Tidak dinafikan, alahan semasa mengandung sememangnya hari yang amat menyeksakan bagi si ibu kerana alahan yang dialami menyebabkan mental dan semangat si ibu akan down disebabkan sifat alahan itu sendiri. Kuatkan semangat wahai ibu, sememangnya terdapat insan yang begitu istemewa menunggu, iaitu baby anda sendiri.

Petua menghilangkan alahan teruk semasa mengandung 

Petua ini adalah berdasarkan pengalaman ibu-ibu mengandung yang mengalami alahan semasa mereka mengandung. Mungkin petua-petua ini boleh anda amalkan untuk mengurangkan atau menghilangkan alahan yang dialami. Berikut adalah petua yang boleh anda amalkan.

1. Limau asam

Terdapat pengalaman ibu mengandung mengatakan mereka dapat mengurangkan alahan muntah dengan memakan buah-buah yang asam misalnya memakan sedikit mangga muda, limau kasturi, limau nipis atau buah-buahan asam yang lain.

Ibu Mengandung
Petuanya disini, anda hanya perlu memakan buah asam dengan jumlah yang sedikit bagi menyedapkan rasa tekak yang mual. Anda tidak perlu memakan dengan jumlah yang banyak kerana dikhuatiri menganggu terhadap kandungan anda.

2. Kopi

Pengalaman ibu yang lain pula, mereka mengatakan mampu menghilangkan alahan muntah dengan memakan sedikit serbuk kopi bagi menghilangkan rasa alahan yang dialami. Jadi petua ini mungkin berkesan untuk anda tetapi jika  petua ini tidak berkesan mungkin anda perlu mencuba petua yang lain.

3. Air rebusan nasi

Terdapat petua yang dikongsikan oleh seorang ibu, ia mampu menghilangkan rasa alahan yang dialaminya dengan meminum air rebusan nasi. Maksudnya disini, apabila air nasi sedang mendidih, air rebusan tersebut anda perlu ambil dan masukkan ke dalam cawan, biarkan hingga menjadi suam dan air rebusan nasi itu diminum untuk menghilangkan rasa alahan.

4. Halia

Perkongsian ini adalah pengalaman ibu yang telah menghilangkan rasa alahan yang dialaminya. Apa yang dikongsinya adalah seperti ini, anda hanya perlu mengambil sedikit hirisan halia dan dikunyah bagi menghilangkan alahan yang dialami.

5. Sirih

Hanya memakan sedikit sirih dan rasa alahan akan dapat dikurangkan. Begitulah perkongsian bagi ibu yang mengamalkan cara ini dengan memakan sedikit sireh  bagi menghilangkan alahan yang dialaminya.

Diaman boleh anda dapatkan daun sireh? Anda hanya perlu ke pasar untuk mendapatkan bekalan daun sireh. Mungkin petua ini juga berkesan kepada anda.

6. Kelapa pandan muda 

Menurut penulis, ini adalah petua yang paling popular bagi mengurangkan rasa alahan yang di alami kerana terdapat ramai ibu yang mengamalkan petua ini. Berdasarkan petua yang diajar, anda hanya perlu mendapatkan sebiji kelapa pandan muda dan dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudiannya diminum.

Alahan ibu mengandung tidak semuanya sama

Jika diperhatikan mengenai petua ini, ia menunjukkan sifat alahan di anatara ibu mengandung itu tidak sama di antara satu sama yang lain dan bergantung kepada rasa yang dialami oleh si ibu mengandung.

Perhatikan diri anda, mungkin terdapat petua-petua disini sesuai kepada anda? Jika Alahan yang anda alami tersangat teruk dan muntah yang berpanjangan, mungkin anda perlu merujuk kepada doctor untuk pemantauan yang lebih rapi.

Baca Juga: Manfaat Susu Soya Untuk Ibu Mengandung

Semoga petua-petua ini berguna kepada anda, jika anda mempunyai petua yang lain, anda boleh kongsikan disini untuk tatapan bagi ibu-ibu yang lain untuk panduan bersama.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan