4 Risiko Membeli Barangan Online Di Facebook

Pernakah anda ditipu semasa membeli secara online barangan melalui laman sesawang Facebook? FB adalah salah satu laman paling popular di negara ini disebabkan jumlah pengguna laman sesawang ini terlalu ramai sekali. Melalui FB terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh perolehi disini, termasuklah berita-berita semasa, produk yang dijual, berita rakan-rakan, permainan game dan pelbagai lagi.

Apa yang menjadi masalah disini adalah kewujudan penjual barangan yang tidak wujud dan semata-mata untuk menipu pengguna lain. Hampir setiap hari terdapat individu yang mengalami kerugian akibat membeli barangan yang tidak wujud melalui FB. Jadi ketahui risiko anda sebelum melakukan pembelian melalui FB kerana risiko wang anda hilang sangat tinggi.

Ia sebenarnya bergantung kepada dimana produk itu boleh diperolehi, jika pembeli boleh berjumpa dengan penjual untuk mendapatkan sesuatu produk tersebut di sesuatu kawasan berhampiran, risiko untuk ditipu itu adalah rendah, tetapi sekiranya melibatkan produk terpaksa dihantar melalui pos atau kurier, risiko pembeli adalah tinggi.

Risiko untuk membeli produk secara online di Facebook

Di FB bukan semua yang menjual barangan adalah berniat tidak baik, tetapi sebilangannya memang bertujuan untuk menipu pengguna yang lain. Jadi perlunya anda berhati-hati dan mengambil pendekatan yang sewajarnya bagi mengelakkan anda menjadi mangsa penipuan. Baik berikut adalah beberapa risiko yang jelas dan perlu anda hadapi sekiranya ingin berurusan pembelian secara online melalui FB.

1. Pembelian melalui akaun  persendiriaan

Kebanyakkan penjual secara online di FB, adalah individu persendirian dan mereka akan menggunakan akaun personel apabila melakukan transaksi pembelian. Apa yang sering berlaku, selepas melakukan pembayaran, penjual akan menghilangkan diri.

Hoodie
Ini lah yang menjadi masalahnya disini, kerana ketidakjujuran penjual menyebabkan penbeli akan mengalami kerugian. Terdapat kes yang telah berlaku, pembeli telah mengalami kerugian hingga mencapai hingga ribuan ringgit.

Misalnya terdapat kes yang berlaku, pembeli ingin membeli seekor anak anjing yang dijual melalui FB dengan harga hingga mencapai RM 60k. Setelah pembeli melakukan transaksi wang, anjing yang dipesan tidak sampai kepada pembeli. Bukannya ia adalah jumlah kerugian yang begitu tinggi sekali?

2. Penjual tidak diketahui dengan jelas

Tahukah anda, di FB terdapat individu yang tidak bertanggungjawab yang sanggup membuka satu page untuk sesuatu produk seolah-olah produk tersebut adalah nyata sedangkan syarikat tersebut adalah tidak wujud.

Apabila seseorang pembeli melihat produk yang dijual dan melakukan pembelian, akhirnya tersedar telah ditipu setelah barangan yang dipesan tidak sampai di alamat yang ditetapkan. Penjual menggunakan pelbagai nombor akaun berbeza dan nombor telefon yang berbeza bagi mengelirukan pembeli.

3. Urusan pembelian melalui telefon

Antara risiko apabila melakukan urusan pembelian secara online di FB adalah pembeli hanya akan berurusan melalui telefon penjual. Jadi disini terdapat risiko yang sangat tinggi untuk ditipu kerana urusan pembelian yang tidak selamat.

Jika melalui Shopee, ia mempunyai sistemnya sendiri untuk menahan wang transaksi sekiranya terdapat unsur penipuan atau keraguan terhadap produk yang dijual. Tetapi di FB, pengguna terpaksa berurusan secara terus kepada penjual tanpa sekatan. Hal ini sebenarnya akan mengundang risiko yang tinggi kepada pembeli itu sendiri.

4. Kewujudan scammer berluasa

Pilihan di tangan anda sebagai pembeli, anda harus bijak menilai dimanakah tempat yang sepatutnya untuk membeli secara online dengan selamat. Kegiatan penipuan secara online tidak dinafikan telah berlaku secara berluasa. Anda dinasihatkan untuk berhati-hati di setiap pembelian yang dilakukan secara terbuka.

Di Fb, bukan sahaja kewujudan individu yang tidak bertanggungjawab menjual barangan tidak wujud tetapi terdapat pelbagai lagi taktik lain seperti pinjaman kewangan yang tidak wujud, dan pelbagai lagi. Jika anda melakukan pembelian di FB dan produk akan terus kepada Shopee, ia masih dianggap transaksi selamat tetapi masih belum menjamin sepenuhnya wang anda selamat tanpa anda membuat kajian terlebih dahulu mengenai kredbiliti penjual tersebut.

Baca Juga: Cara Membeli Di Shopee Agar Tidak Ditipu

Comments

Popular posts from this blog

The Highest Mountain In Malaysia