3 Risiko Apabila Anda Disenarai Hitam CTOS Dan CCRIS
Bagaimana
kedaan kewanggan anda saat ini? Semoga keadaan kewangan anda di dalam keadaan
baik seadanya. Artikel in adalah risiko-risiko yang perlu anda hadapi apabila
anda disenarai hitam CTOS dan CCRIS. Jika anda pada saat ini tidak disenarai
hitam CTOS atau CCRIS, buat lah sebagai peringatan kepada diri anda agar
memperbaiki keadaan kewangan sendiri supaya tidak dalam senarai CTOS atau
CCRIS.
CTOS dan
CCRIS adalah dua perkara berbeza, CTOS adalah agensi swasta yang menyimpan data
credit anda, CCRIS pula adalah data-data pinjaman kewangan yang pernah anda
buat di bank-bank dan direkodkan oleh Bank Negara.
Risiko yang perlu ditanggung apabila disenarai CTOS dan juga CCRIS
Apabila nama
anda di dalam senarai CTOS dan juga CCRIS akibat kegagalan anda untuk membayar
ansuran bulanan pinjaman kewangan dan juga kad kredit, banyak keburukan yang
perlu anda tanggung dan perkara ini tidak boleh dianggap remeh disebabkan
proses untuk memulihkan nama anda untuk clear sepenuhnya memakan masa yang lama
walau anda telah membayar semua hutang anda tetapi rekod anda masih ada lagi di
dalam tempoh dua tahun. Jadi apa risiko yang paling teruk apabila anda
disenarai CTOS dan juga CCRIS?
1. Tidak boleh buat pinjaman perumahan
Pernakah anda
semasa membuat loan pinjaman perumahan, loan anda tidak lepas disebabkan nama
anda ada di dalam rekod CCRIS dan juga CTOS? Ya, inilah risiko yang perlu anda
tanggung yang pertama, anda langsung tidak boleh membuat apa-apa pinjaman
perumahan selagi anda belum clearkan nama anda melalui BNM dan juga CTOS. Rumah
yang sepatutnya anda benar-benar ingin beli terpaksa ditanguhkan dahulu
pembelian disebabkan masalah ini.
2. Tidak boleh buat pinjaman kenderaan
Kereta anda
sering kali rosak atau anda berniat untuk membeli kereta baru? Jika mengikut
pada kelayakan gaji anda layak untuk membuat loan kereta tersebut, tetapi
apabila anda cuba submit permohonan loan kereta melalui sales kereta, nama anda
tidak layak langsung untuk membeli kereta yang anda impikan disebabkan nama
anda ada dalam rekod CTOS dan juga CCRIS. Pergilah buat permohonan bank mana
pun, semuanya tidak akan meluluskan permohonan loan kereta yang anda ingin
buat.
3. Tidak dapat buat pinjaman peribadi
Pada saat
ini, anda benar-benar memerlukan wang disebabkan masalah belanja anak ke university,
rawatan keluarga yang sakit yang memerlukan kos biaya yang tinggi, atau hal-hal
lain yang memerlukan anda perlu membuat loan untuk mendapatkan wang segera bagi
menampung keperluan yang terdesak.
![]() |
| Credit: CTOS |
Jadi apa yang perlu anda harus lakukan?
Sebenarnya
tiada apa-apa yang boleh membantu anda selain anda harus berurusan semula
dengan pihak bank dimana anda pernah berhutang dahulu seperti pinjaman kad
kredit yang mungkin tertunggak, pinjaman kereta, atau pinjaman kewangan.
Nasihat
kami disini, berbincanglah dengan pihak bank anda dahulu mengenai pembayaran
hutang tersebut, jika tiada kata putus yang dapat dipersetujui bersama, anda
boleh menghubungi pihak AKPK untuk menguruskan pinjaman anda dengan kadar
bayaran bulanan yang rendah berbanding dengan kadar bayaran bulanan komitmen
kewangan pihak bank anda sebelum ini.
Satu saranan kami juga, jangan sesekali berurusan dengan debit collector kerana ia akan menggangu anda sepanjang hari untuk mendesak anda untuk melunaskan hutang yang telah tertunggak tersebut, debit collector memperolehi komisyen yang tinggi sekiranya anda membayar hutang bank melalui mereka. Hanya berurusan dengan bank anda bagi urusan pembayaran hutang atau pihak AKPK jika anda ingin mengurangkan jumlah bayaran bulanan pinjaman anda.
Baca Juga: Cara Semak CTOS Online Secara Percuma

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.