Tips Mengatasi Tayar Motor Pancit Di Tengah Jalan
Apa yang harus anda lakukan apabila tayar motorsikal anda pancit di tengah jalan? Apabila keadaan ini berlaku, sudah tentu ia sesuatu hari yang tidak baik untuk anda lebih-lebih lagi tayar pancit berlaku pada musim hujan. Tetapi jangan risau, setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya.
Ia
bergantung kepada dimana situasi anda mengalami masalah tayar motor anda sebenarnya.
Jika berlaku di tempat yang sunyi dan jauh dari orang ramai dan kedai, mungkin
anda perlu memikirkan cara yang sesuai bagi mengatasi masalah tayar yang
pancit.
Cara mengatasi tayar motor pancit di tengah jalan
Apabila
tayar motor anda pancit, perhatikan keadaan tayar motor anda adakah hanya
kurang angin atau benar-benar telah pancit disebabkan oleh paku ataupun yang
paling teruk tayar motor telah pecah. Berikut adalah beberapa tips yang mungkin
anda boleh jadikan sebagai panduan.
1. Berhentikan motor di tepi jalan
Pertama
sekali, berhenti di tepi jalan. Pastikan anda benar-benar berhenti di laluan
yang lurus dan bukannya di kawasan selekoh kerana hal ini boleh membahayakan
nyawa anda dengan kenderaan yang melalui kawasan tersebut.
![]() |
| Gambar Hiasan |
2. Tolak ke bengkel berhampiran
Perhatikan
dimana kawasan tempat anda mengalami tayar pancit, jika terdapat bengkel yang
berhampiran di kawasan tersebut, mungkin ada baiknya harus menolak motor anda
hingga sampai ke bengkel tersebut untuk urusan pembaikan semula tayar
motor yang bocor. Anda boleh juga menggunakan Google melalui telefon pintar anda untuk mengesan bengkel motor yang berhampiran.
Dengan cara ini mungkin anda terpaksa berpeluh disebabkan menolak motor hingga sampai ke bengkel tetapi ia adalah satu solusi yang baik bagi mengatasi masalah tayar motor yang pancit. Anda hanya perlu tolak secara perlahan-lahan hingga sampai ke bengkel.
3. Buka tayar motorsikal dan tampal kebocoran tayar motor
Sekiranya kawasan
tempat tayar motorsikal anda pancit di kawasan yang jauh dari bengkel
motorsikal dan jauh dari kediaman orang ramai, mungkin idea untuk membuka tayar
motor anda untuk melakukan penukaran sendiri adalah satu idea yang berkesan
untuk mengatasi masalah anda.
Pastikan
anda membawa spana pembuka tayar anda, pam angin tayar, penampal tayar, spare
tiub baru . Buka tayar motor dengan kedudukan motor dalam keadan mod stand,
buka dan periksa tayar motor sama ada terdapat paku yang menjadi penyebab
kepada kebocoran, jika tiub tayar hanya mengalami kebocoran yang sedikit dan
masih boleh ditampal, gunakan penampal khas tayar anda.
Baca Juga:
- Cara Jual Motor Masih Mempunyai Hutang
- Cara Mudah Renew Roadtax Motor
- Tips Cari Loan Kedai Motor Paling murah
- Bolehkah Beli Motorsikal Baru Tanpa Slip Gaji?
- Cara Beli Motor Tanpa Wang Deposit
- Panduan Membeli Motosikal Baru Agar tidak Menyesal
Sekiranya
kebocoran itu adalah besar, gunakan tiub yang baru dan pasangkan semula tiub
pada tayar pada kedudukan yang betul dan pam semula tayar anda. Jika tayar
motor anda menggunakan tayar tiubless, anda tidak mampu berbuat apa-apa kerana
tayar tiubless harus dihantar ke bengkel untuk pembaikan kerana tayar tiubless
harus menggunakan pum angin tayar bertekanan tinggi untuk memasukkan angin pada
tayar.
Tayar tiubless
sebenarnya sukar untuk pancit kecuali terdapat paku yang tajam menusuk pada
tayar, itu pun angin akan keluar sedikit demi sedikit dan masih anda boleh bergerak
ke bengkel berhampiran untuk urusan pembaikan tayar motor anda. Pendek kata
tayar tubless ini jarang menyebabkan motor anda tersadai akibat tayar pancit.
Inilah kelebihan tayar tiubless.
4. Hubungi rakan atau Grabcar@Maxim
Jika anda
tidak membawa penampal tayar motor dan juga pum angin tetapi masih mempunyai
peralatan untuk membuka tayar anda, selepas anda membuka tayar motor anda dan
telah meletakkan motor di kawasan yang sesuai, anda boleh mengubungi rakan anda
atau grabcar untuk membawa anda ke bengkel berhampiran untuk urusan pembaikan
tayar motor anda yang telah pancit.
Sekiranya rakan anda atau keluarga mempunyai kenderan pacuan empat roda seperti Toyota Hilux atau lori, anda boleh meminta bantuan mereka untuk mengangkut motor anda ke bengkel motor berhampiran untuk pembaikan.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.