Pengertian Mimpi Makan Nasi
Beras adalah punca rezeki dalam banyak kehidupan manusia di muka bumi ini. Seseorang yang bermimpi mengenai beras, padi, makan nasi, ia dikatakan terdapatnya petanda yang amat baik mengenai kehidupan anda. Mungkin bukan pada hari ini tetapi akan terjadi pada di masa yang akan datang. Selain itu juga ia menandakan mengenai kesederhanaan dan juga mengenai kerendahan hati yang mana anda berupaya menyenangkan ramai orang kerana disebabkan kerendahan hati anda. Beberapa pendapat juga mengatakan, bermimpi mengenai beras merupakan simbol bagi kesihatan yang baik, panjang umur dan kelimpahan rezeki. Walau begitu sekiranya di dalam mimpi anda memiliki perasaan yang lapar, terdapat kemungkinan ia adalah petanda mengenai kemelaratan dan juga kesedihan. Selalunya mimpi mengenai beras boleh berlaku apabila anda akan berkhawin, akan mengunjungi majlis perkhawinan, berkeinginan untuk membeli beras, keinginan untuk makan nasi, akan berkongsi makanan dengan seseorang ataupun anda harus ...