Fenomena Pertandingan Memancing di Pedalaman Sabah
Pertandingan Memancing di Pedalaman Sabah. Baru-baru ini penulis ke daerah Tambunan untuk urusan peribadi. Setibanya di pekan kecil daerah ini, penulis singgah di sebuah restoran untuk makan tengah hari. Sewaktu makan, saya diberikan sebuah risalah oleh individu mengenai pertandingan memancing di kolam yang diadakan di Keningau. Apabila saya membaca risalah tersebut, hadiah yang ditawarkan sangat lumayan, ianya berjumlah RM30,000 bagi sesiapa yang memenangi pertandingan ini dan banyak lagi hadiah menarik yang ditawarkan. Penganjur bagi pertandingan ini adalah pemilik kolam itu sendiri. Menurut rakan penulis, hampir setiap bulan penganjur akan mengadakan pertandingan memancing di kolam tersebut. Menurut kajian penulis, pemilik kolam sememangnya telah memiliki kolam yang luas untuk menjalankan pertandingan ini. Jika penganjuran yang bagus, kolam harus mampu menempatkan sekurang-kurangnya 1000 peserta untuk memancing. Ikan dalam kolam harus mempunyai pelbagai jenis ikan dan memilik...