Posts

Cara Warnakan Pakaian Anda Dengan Dylon Dye

Image
Mahukah pakaian lama anda menjadi baru? Baik saya ingin berkongsi anda satu tips cara warnakan pakaian anda dengan menggunakan pewarna kekal dari jenama Dylon dye buatan dari Negara United Kingdom. Walau begitu, pakaian yang anda warnakan haruslah mempunyai satu warna sahaja kerana pakaian yang memiliki banyak corak warna yang berlainan, menyebabkan warna pakaian anda akan berubah menjadi satu warna sahaja. Mewarnakan pakaian sesuai bagi mereka yang ingin mewarnakan pakaian ke warna yang lain misalnya dari pakaian warna putih ke pakaian yang berwarna hijau. Saya masih mengingati semasa zaman persekolahan, guru sekolah kami telah mewarnakan sejumlah pakaian putih untuk diwarnakan ke warna ungu untuk dijadikan sebagai pakaian sukan untuk sekolah kami dalam mewakili pertandingan sekolah peringkat daerah. Pewarna Dylon Dye Dalam Bentuk Kotak Bagi mereka yang bekerja di sektor kerajaan seperti Polis, Navy, Tentera atau persatuan-persatuan yang mempunyai uniform tertentu, anda d...

Tips Penjagaan Asas Kereta Dan Cara Mengatasi Kereta Rosak Semasa Dalam Perjalanan

Image
Kereta rosak semasa dalam perjalanan sama ada semasa anda pergi berjalan-jalan untuk bershopping, semasa melawat rumah kawan, semasa dalam perjalanan balik kampung, dalam perjalanan ke tempat kerja atau hal-hal lain, sepatutnya, boleh diselesaikan dengan cara yang mudah jika anda melakukan persediaan-persedian untuk mengatasi kereta anda rosak secara tiba-tiba di tengah jalan. Tentunya kereta rosak di tengah jalan adalah satu hal yang malang bagi kita kerana segala perancangan yang kita rancang pada hari tersebut tidak dapat dilakukan kerana kereta mengalami kerosakan. Ini adalah sedikit panduan asas penjagaan kereta yang perlu anda tahu dan lakukan sebelum kereta anda mengalami masalah di tengah jalan dan tip cara mengatasi sekiranya kereta anda rosak di tengah jalan Pentingnya mengetahui asas penjagaan kereta Melalui pengalaman penulis, beberapa pengetahuan asas penjagaan kereta perlu diketahui untuk mengelak berlakunya kerosakan kereta anda secara tidak dijangka. Pengeta...

Tips Memilih Syarikat Insuran Kereta Yang Bagus

Image
Pernahkah anda berfikir bagaimana untuk mendapatkan syarikat insuran kereta anda yang diyakini memiliki reputasi perkhidmatan yang baik kepada pelangganya? Kebanyakan daripada anda selalunya hanya bertanya kepada kawan-kawan tanpa mengetahui  perkhidmatan sebenar syarikat insuran ini kepada pelangganya apabila berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini dimasa akan datang semasa tuntutan insuran dilakukan. Betapa pentingnya anda mengetahui latar belakang syarikat insuran anda kerana sesetengah perkhidmatan syarikat insuran tidak benar-benar memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelangganya. Tips memilih syarikat insuran kereta yang bagus. Di Negara ini, banyak sekali insuran kereta yang  ada dan mereka cuba menawarkan pelbagai pakej yang menarik untuk menarik pelangganya tetapi perkhidmatan yang diberikan hanya segelintir sahaja yang memberik perkhidmatan yang terbaik kepada pelangganya. Sebenarnya anda tidak mengetahui perkhidmatan sebenar mereka dalam b...

Pengalaman Fuel Pump Proton Gen-2 Rosak

Image
Pengalaman mengalami fuel pump Proton Gen-2 rosak. Beberapa tahun yang lepas, semasa saya cuba menghidupkan kereta Proton Gen-2, kereta ini hidup secara normal tetapi dalam beberapa minit, kereta Gen-2 ini mati secara tiba-tiba seolah-olah minyak tidak berfungsi dengan baik. Pada mulanya, saya merasakan kereta ini mengalami masalah pada bateri kereta memandangkan bateri kereta ini telah lama saya gunakan. Memang agak pelik kerosakan ini kerana sebelum ini kereta Gen-2 yang saya selalu gunakan tidak mengalami masalah enjin mati secara tiba-tiba. Bertanya pada kawan-kawan mengenai masalah kereta. Pada mulanya, saya cuba menghubungi kawan-kawan saya yang arif mengenai kereta tetapi mereka mengatakan ianya berpunca dari bateri kereta yang telah weak atau bateri yang telah sampai tempoh untuk diganti dengan bateri kereta yang baru. Fuhh, kereta apabila mula meragam, segala perancangan kita pada hari tersebut segalanya tidak menjadi seperti yang dirancang. Pada mulanya, saya mem...

Tips Cari Homestay Di Pulau Labuan

Image
Hello, agak lama tidak menulis di blog ini memandangkan banyak komitmen lain yang perlu diselesaikan. Baik,  Artikel pada kali ini adalah mengenai tips cari homestay di Pulau Labuan. Anda mungkin ingin mencari homestay di pulau ini kerana datang dengan beberapa perkara penting seperti urusan kerja, pertandingan sukan atau datang untuk bercuti di pulau ini bersama-sama kawan-kawan atau dengan keluarga sendiri. Berikut adalah beberapa tips yang saya ingin kongsikan bersama kepada anda kerana penulis sendiri tinggal di pulau ini. Meminta bantuan kawan-kawan untuk mencari  homestay Pertama sekali saranan saya, jika anda mempunyai rakan yang berada di pulau ini, anda boleh menghubungi mereka untuk meminta bantuan mencarikan homestay di pulau ini kerana pulau ini mempunyai banyak homestay untuk pengunjung yang datang di pulau ini. Sesiapa yang telah lama tinggal di pulau ini tentunya telah mengetahui homestay yang terdapat disini. Cari homestay di internet Cara ...

Hiduplah Dalam Jangka Waktu Terbatas

Image
Bagaimana pandangan anda mengenai hidup ini? Menurut anda, apa yang anda faham tentang 'hiduplah dalam jangka waktu terbatas'? Baiklah, saya mempunyai tips untuk dikongsi kepada semua pembaca khususnya di Malaysia, bagaimana mempersiapkan masa hadapan anda agar kearah kehidupan yang lebih bermakna. Tips ini saya cuba amalkan sendiri dan ia telah mempengaruhi keseluruhan hidup saya sehingga sekarang. Hidup ini mesti memerlukan panduan untuk diikuti agar matlamat hidup anda sentiasa bersama anda sehinggalah anda mencapai impian yang anda impikan. Berikut adalah tips yang saya kongsikan bersama anda. Lupakan Kenangan masa lalu Semua manusia mempunyai kisah kenangan lalu mereka sendiri, begitu juga dengan diri anda dan saya sendiri. Adakalanya kenangan-kenangan lalu tentang kisah hidup anda sukar untuk dilupakan dan menjadikan ia sesuatu memori yang indah atau pun pahit. Seorang sahabat saya berasal dari Selangor, menyesali tentang hidupnya kerana tidak belajar b...

Panduan Benar Beli Insuran Perubatan Dan Nyawa

Image
Panduan Benar Beli Insuran Perubatan Dan Nyawa. Beberapa hari lalu, saya telah membaca sebuah buku artikel mengenai panduan membeli insuran perubatan dengan betul. Artikel tersebut menceritakan secara panjang lebar mengenai kepentingan insuran perubatan kepada manusia. Pada pandangan anda sendiri, sejauh mana insuran itu membantu anda dan keluarga anda di masa akan datang? Setiap tahun, pelbagai syarikat insuran  bagaikan candawan tumbuh selepas hujan. Ia sebenarnya baik untuk kerancakan pertumbuhan syarikat di Malaysia tetapi, adakah syarikat tersebut benar-benar memberikan insuran untuk kebaikan kepada masyarakat atau hanya semata-mata untuk wang? Artikel ini adalah panduan asas bagaimana caranya memilih insuran terbaik untuk diri sendiri dan keluarga anda. Baca terma dan syarat Jika anda berhasrat untuk membeli insuran perubatan, datanglah ke mana-mana cawangan wakil insuran di tempat tinggal anda. Selalunya syarikat insuran terbaik memiliki cawangan syarikat wakilny...

Popular posts from this blog

The Highest Mountain In Malaysia