Petua Hilangkan Sakit Telinga Akibat Dijangkiti Kulat
Apabila kita menghadapi sakit telinga akibat dijangkiti bakteria atau kulat, ia adalah hari yang benar-benar 'bad mood' kerana kesakitan yang dialami. Apabila anda mengadapi situasi ini, cara yang terbaik adalah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya dan doktor ini akan melihat sejauh mana teruknya keadaan teling anda. Selalunya bagi kesakitan biasa, doktor akan memberikan ubat titik/titis biasa dan ubat penahan sakit kepada anda. Jika keadaan agak teruk sedikit, doktor akan memberikan anda ubat titis yang mengandungi antibiotik, walau begitu, menurut doktor, jika jangkitan akibat dari kulat, pengunaan ubat titis antibiotik tidak sesuai kerana ubat tersebut tidak mampu membunuh kulat yang berada dalam telinga. Ubat khas anti kulat atau anti fungus perlu diambil untuk membunuh kulat yang menyebabkan kesakitan telinga. PETUA HILANGKAN SAKIT TELINGA AKIBAT JANGKITAN KULAT Elakkan telinga dari terkena air - Apabila anda mula merasa sakit telin...