Cara Dapatkan Semula Geran Kereta Hilang Di JPJ
Geran kereta hilang. Kadang-kadang kita mungkin cuai mengenai
penjagaan dokumen penting milik kita seperti geran kereta menyebabkan geran ini
hilang dari simpanan kita sama ada telah tercicir ataupun hilang.
Untuk mendapatkan gantian semula geran yang telah hilang di JPJ, anda harus mengetahui cara yang betul supaya anda tidak berulang-alik ke JPJ hanya semata-mata untuk mendapatkan geran kereta yang baru.
Untuk mendapatkan gantian semula geran yang telah hilang di JPJ, anda harus mengetahui cara yang betul supaya anda tidak berulang-alik ke JPJ hanya semata-mata untuk mendapatkan geran kereta yang baru.
Dokumen yang diperlukan sebelum datang di JPJ
Sebelum anda ke mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutankutan
Jalan (JPJ), persediaan beberapa dokumen perlu disediakan untuk memudahkan
segala urusan ini. Sebenarnya dokumen yang diperlukan adalah hanya satu satu
salinan IC atau Mykad pemilik sendiri geran kereta dan pemilik sendiri geran
kereta wajib datang di JPJ untuk urusan ini.
![]() |
| Gambar Hiasan |
Dokumen dan keperluan wajib
1. Salinan Photostat IC atau Mykad
2. Wang pemprosesan RM25
Perlukah buat laporan polis terlebih dahulu?
Sebenarnya kehilangan geran kereta tidak perlu untuk membuat
laporan polis kerana anda boleh terus datang ke JPJ untuk urusan ini. Laporan
polis hanya akan dilakukan apabila geran kereta hilang disebabkan adanya unsur
jenayah. Walau begitu menjadi hak anda sekiranya ingin membuat laporan polis untuk kehilangan ini tetapi ia agak menyusahkan sekiranya anda datang di
balai polis semata-mata untuk melakukan laporan dan datang ke JPJ sedangkan
anda boleh terus ke JPJ untuk mendapatkan semula gantian geran kereta yang baru.
Anda hanya perlu membayar yuran pemprosesan sebanyak RM25 .
Apabila dokumen yang diperlukan telah anda sediakan, datang
ke JPJ berhampiran dengan tempat tinggal anda untuk urusan ini. Dinasihatkan
anda datang pada waktu pagi kerana dikhuatiri pejabat urusan JPJ dipenuhi oleh
orang ramai untuk urusan masing-masing. Bila anda tiba di JPJ, datang terus ke
pejabat pertanyaan dan minta staff yang bertugas borang bagi urusan kehilangan
geran kereta dan isi borang tersebut mengikut butir-butir yang perlu diisi.
Setelah anda telah selesai mengisi borang, dapatkan nombor
giliran anda dan tunggu sehingga nombor anda sampai. Apabila nombor giliran
anda telah tiba, serahkan borang yang telah diisi tadi berserta salinan Mykad
dan juga wang pemprosesan sebanyak RM25 ringgit. Staff JPJ akan memproses permohonan
anda dan hanya dalam beberapa minit geran kereta anda yang baru telah siap.
Artikel ini ditulis hanya sebagai panduan kepada
individu-individu yang telah kehilangan geran kereta berdasarkan pengalaman
ketika berurusan di JPJ. Walaubegitu, sebarang perubahan mengenai prosuder
mendapatkan geran kereta yang baru tertakluk kepada peraturan-peraturan dari JPJ.
Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai prosuder ini, anda harus berhubung terus
di mana-mana cawangan JPJ yang terdekat.

Thank you for sharing. Sgt membantu! ☺
ReplyDeletekalau pemilik keretanya sudah meninggal dunia mcm mna ya kalau gerannya hilang???
ReplyDelete