Cara Hilangkan Kelemumur Paling Pantas
Masalah kelemumur adalah satu masalah yang sering dihadapi
oleh pelbagai peringkat umur tidak kira lelaki atau golongan wanita. Kelemumur
dikatakan berpunca daripada minyak daripada kulit kepala yang mana ia akan
menyebabkan sel-sel pada kulit akan berkumpul dan menjadi kepingan putih.
Pelbagai cara hilangkan kelemumur dilakukkan oleh mereka
yang mengalami masalah ini. Ada sesetengah dari mereka berjaya mengatasi
masalah ini walau begitu, masalah dapat diselesaikan hanya masa sekejap sahaja
dan masalah kelemumur akan datang kembali menyerang.
Beberapa kajian mengatakan, kelemumur terjadi apabila
penggunaan produk yang tidak sesuai, mengalami masalah penyakit kulit antaranya
seperti eczema, psoriasis. Selain itu penumbuhan yis pada kulit kepala yang
terlalu cepat juga antara penyebabnya.
Beberapa cadangan paling berkesan dan pantas dimana
bahan-bahan anda boleh perolehi daripada rumah anda sendiri bagi mengatasi
masalah kelemumur. Kos ini amat murah tetapi ianya berkesan dan sering
digunapakai oleh kebanyakan golongan yang mengalami masalah ini.
Berikut adalah beberapa cara untuk hilangkan kelemumur yang
paling pantas.
Hilangkan kelemumur dengan limau nipis dan minyak zaitun
Untuk cara ini anda hanya perlukan 2 sudu air limau nipis
dan juga 2 sudu minyak zaitun, untuk hasil yang lebih baik, panaskan sedikit
minyak zaitun dan campurkan dengan air limau tersebut. Letakkan kedua-dua
campuran tersebut ke kulit kepala anda dan urut pada keseluruhan kulit kepala
dan juga pada rambut anda dalam anggaran 5 minit.
![]() |
| Credit Photo pixabay |
Gunakkan hanya limau nipis
Melalui cara ini pula, gunakan 1 hingga 2 biji limau nipis
dan perah jus limau ini dan jus limau atau air perahan limau letakkan pada
kulit kepala anda dan urut secara perlahan-lahan pada keseluruhan kulit kepala
anda dan juga pada rambut. Lakukkan cara ini dalam masa 5 minit serta apabila
selesai biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air bersih.
Limau nipis dengan minyak kelapa
Dapatkan 2 sudu air limau segar dan 4 minyak kelapa yang
telah dipanaskan sedikit. Gabungkan kedua-dua campuran ini dan urut pada kulit
kepala anda secara perlahan-lahan hingga keseluruhan kulit kepala anda dan juga
rambut.
Minyak kelapa amat terkenal untuk kesihatan rambut dan
dengan cara ini anda disaran untuk melakukkan dalam 3 kali seminggu hingga anda
memperolehi keputusan yang membanggakan.
Jus limau dan cuka epal
Dengan 1 sudu besar jus limau nipis dan mengabungkan denga 2
sudu besar cuka epal, gunakkan putik kapas untuk disapu keatas keseluruhan
kulit kepala anda. Cara ini agak lambat sedikit kerana ia memerlukan masa untuk
melakukkan sapuan pada keseluruhan permukaan kulit kepala. Apabila selesai
biarkan selama 15 hingga 30 minit dan basuh dengan air bersih.
Anda disaran melakukkan cara ini 3 hingga 4 kali seminggu
hingga masalah kelemumur anda berjaya diatasi sepenuhnya.
Dengan hanya Listerine untuk atasi kelemumur
Sungguh tidak disangka ubat kumur iaitu Listerine mampu
mengatasi masalah kelemumur! Ia , ini memang realitinya. Tahukan anda, Listerine
mengandungi bahan-bahan seperti berikut, mentol, thymol, metil salisilat dan eucalyptol
. Bahan ini juga mengandungi anti kulat.
Melalui kajian penulis, Listerine ini amat popular sekali di
Amerika bukan sahaja untuk berkumur tetapi mereka menggunakan sebagai bahan
untuk mengatasi kelemumur.
Seorang selebriti Hairstylist iaitu Daven Mayeda sendiri
mengatakan, Listerine amat baik untuk mengatasi kelemumur.
Bagaimana caranya menggunakannya? Baik, anda disaran untuk
menggunakan jenis Listerine (original)
kerana kandungannya lebih baik berbanding Listerin yang lain.
Selepas anda bersyampu, dengan menggunakan kapas bersih,
titikkan beberapa titis air Listerine pada kapas dan sapu pada kulit kepala
anda. Anda akan rasakan kesegaran yang amat nyaman dan sejuk menusuk pada kulit kepala disebabkan
kandungan mentol pada air Listerine.
Biarkan beberapa minit dan bilas semula kulit kepala dan
juga rambut anda dengan air bersih. Anda disaran menggunakan cara ini 2-3 kali
seminggu dan lakukkan hingga masalah kelemumur anda selesai.
Walaupun begitu, jangan gunakkan Listerine pada kulit kepala
terlalu kerap (setiap hari) kerana penggunaaan yang terlalu kerap tidak baik
untuk kesihatan rambut anda kerana kandungan kayu putih pada Listerine tidak
baik pada rambut. Penggunaan 2-3 kali seminggu sudah memandai.
Diharap, selepas anda membaca artikel ini dan mempraktikan
cara ini, anda boleh mengucapkan selamat tinggal pada kelemumur anda!

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.