Punca Masalah Kereta Perodua Viva Bau Petrol Serta Hilang Power
Memiliki kereta adalah keperluan yang amat penting pada zaman sekarang, walau begitu, kereta yang kita miliki tidak selamanya berfungsi dengan baik, adakalanya apabila tibanya masa untuk rosak, kita terpaksa menghantar kereta ke bengkel untuk pembaikan. Penulis berkongsi dengan anda semua, mengenai masalah kereta Perodua Viva yang tiba-tiba mengeluarkan bau petrol semasa enjin dihidupkan, bunyi enjin kereta seolah-olah semput, dan juga semasa kereta bergerak, ia telah kehilangan power atau kehilangan pickup. Apa sebenarnya telah berlaku? Pengalaman kereta Perodua Viva tiba-tiba mengeluarkan bau petrol serta hilang kuasa kelajuan. Sebenarnya, pengalaman ini hanya berdasarkan apa yang dialami oleh penulis dan ia tidak mewakili keseluruhan punca kerosakan bagi masalah kereta anda tetapi penting bagi anda untuk jadikan sebagai rujukan. Penulis memiliki sebuah kereta jenis Perodua Viva 850, apa yang berlaku, beberapa bulan yang lepas, semasa menghidupkan enjin kereta, bunyi enji...