Tips Penting Harus Dilakukan Jika Kereta Atau Motor Anda Hilang Dicuri
Malang tidak berbau, itu lah ungkapan yang sesuai bagi mereka yang telah mengalami nasib malang disebabkan kehilangan kenderaan mereka seperti motosikal ataupun kereta. Sebelum kita mengalami hal-hal yang tidak diingini terhadap kenderaan milik kita, perlunya anda melakukkan ciri-ciri keselamatan terhadap kenderaan anda agar tidak dicuri oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Ciri-ciri keselamatan yang ada pada kenderaan misalnya kereta persendirian adalah seperti sistem alarm, steering lock, pedal lock, sistem gps, dan bermacam lagi dan bagi motosikal pula, sistem keselamatan yang boleh anda terapkan adalah seperti alarm, mengunci rantai dengan pad lock yang berkualiti serta mengunci handle pada motor. Motorsikal atau kereta anda hilang akibat dicuri? Ini tindakan perlu anda lakukkan. Baik, sekiranya kereta atau motosikal anda hilang disebabkan telah dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab, perlunya anda melakukkan tindakan yang sewajarnya bagi mengesan semula ...