Cara Mudah Dapatkan Lesen Memandu Hilang

Cara Dapatkan Lesen Memandu Hilang

Ini adalah panduan kepada anda bagaimana mendapatkan lesen memandu yang hilang. Panduan ini amat penting sekiranya lesen memandu anda tidak dalam simpanan anda sama ada ianya tercicir atau tamat tempoh.

Sesetengah dari anda mungkin ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kehilangan lesen memandu yang hilang, setakat pengetahuan kami, anda tidak perlu ke balai polis untuk buat laporan mengenai kehilangan lesen anda. Anda boleh terus ke JPJ untuk mendaptkan gentian lesen memandu yang baru. Berikut adalah langkah yang mudah yang perlu anda lakukan.

Pergi ke Cawangan JPJ berhampiran

  • Sekiranya anda kehilangan lesen memandu, anda boleh terus ke mana-mana JPJ yang berhampiran dengan tempat tinggal anda untuk mendapatkan lesen memandu yang baru. Datang lah seawal pagi agar tidak terlalu laman menunggu disebabkan kesesakan orang ramai yang hendak berurusan. 

Pergi ke kaunter pelanggan

  • Apabila anda telah sampai di JPJ berhampiran dengan tempat tinggal anda, pergi ke kaunter khidmat pelanggan dan nyatakan tujuan kedatangan anda untuk mendapatkan semula kad lesen memandu yang baru bagi mengantikan lesen memandu yang telah hilang. Kakitangan JPJ yang bertugas akan mengarahkan untuk mengisi borang JPL L1 (Borang permohonan lesen memandu).
  • Jangan lupa untuk membawa pen bersama.

Ambil nombor giliran

  • Setelah selesai mengisi borang JPL L1, dapatkan nombor giliran anda dan tunggu sehingga anda dipanggil.
  • Tempoh masa menunggu bergantung kepada jumlah pelanggan yang ada di JPJ untuk berurusan.

Sediakan wang

  • Apabila nombor giliran ada sampai serahkan borang JPL L1 yang telah siap diisi kepada kakitangan JPJ.
  • Sediakan wang sebanyak RM 20 bagi bayaran lesen memandu yang baru. Sekiranya anda menambah jumlah tahun lesen memandu anda, terdapat  caj bayaran bagi setiap tahun akan dikenakan.

Tunggu lesen dicetak

  • Setelah selesai anda di kaunter, anda akan diarahkan duduk untuk menunggu dahulu  kerana pihak kakitangan JPJ akan memproses dan mencetak lesen anda.
  • Proses ini selalunya memerlukan diantara 20 minit hingga 60 minit.

Harga bayaran lesen memandu yang hilang

  • Sebelum anda datang ke JPJ anda harus menyediakan wang yang cukup bagi urusan mendapatkan lesen yang hilang iaitu berharga RM 20.
  • Bagi proses renew lesen pula kadar yang akan dikenakan adalah RM 30 bagi setahun. Jika anda ingin renew lesen anda sehingga lima tahun, kadar yang akan dikenakan sebanyak RM 150.
Semoga perkongsian ini membantu, sekiranya anda membaca artikel ini telah kehilangan lesen memandu. Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang disarankan.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan