Cara Dapat Benih Halia
Artikel pada kali ini adalah mengenai pertanian, yang mana bertajuk cara dapat benih halia sebagai panduan kepada semua usahawan pertanian yang
baru bermula untuk berjinak-jinak dalam pertanian khususnya penanaman halia.
Halia memiliki potensi yang amat baik jika anda benar-benar ingin mengusahakan tanaman ini di tanah yang anda usahakan. Ini dibukitkan dengan beberapa usahawan di Negara Malaysia yang menjadikan halia sebagai sumber pendapatan yang lumayan.

Cara dapat benih halia
Untuk pengetahuan anda, benih halia amat sukar
diperolehi jika anda tidak tahu cara
yang sebenar untuk mendapatkannya. Kebanyakan halia yang dijual di pasaran
dijual olelh pihak yang ketiga dan harga yang dikenakan amat tinggi.
Selain itu, halia yang dijual adalah jenis gred yang baik, terpilih, dan sesuai untuk dijadikan sebagai bahan untuk makanan, perubatan, dan sebagainya.
Benih halia tidak memerlukan gred halia jenis yang baik untuk ditanam kerana tanah yang baik menghasilkan baka halia yang baik walaupun benih halia yang kita gunakan adalah daripada benih yang sederhana.

![]() |
| Ladang Halia |
Cari usahawan tanaman halia
Cara untuk mendapatkan benih halia yang betul adalah mencari
usahawan tanaman halia kerana, setiap tahun, mereka tidak menjual keseluruhan
tanaman halia mereka kepada orang tengah kerana mereka harus menyimpan stok
untuk dijadikan sebagai benih halia untuk penanaman semula.
Dimanakah usahwan halia ini berada? Penulis tidak dapat memberikan maklumat secara detail kerana usahawan halia ini ramai yang berada di serata Negara dan jika di semananjung Malaysia, usahawan halia banyak di kawasan Bentong Pahang dan jika di Sabah, usahwan halia ramai yang berada di daerah Tambunan Sabah.

Buat temujanji dengan usahawan Halia
Apabila anda telah menjumpai usahawan yang mengusahkan
tanaman halia, anda harus berbincang kepadanya terlebih dahulu kerana,
selalunya mereka hanya menyimpan benih halia untuk kegunaan penanaman semula di
tanah mereka sendiri dan mereka jarang menjual benih halia kepada orang lain
melainkan terdapat permintaan untuk benih halia dari orang ramai.
Benih halia memiliki harga yang agak rendah berbanding dengan benih halia yang dijual di pasaran.
Benih halia memiliki harga yang agak rendah berbanding dengan benih halia yang dijual di pasaran.
Jika anda telah berbincang dengan usahawan tanaman halia,
buat temujanji kepadanya kerana untuk menyediakan benih ini , memerlukan masa
beberapa hari kerana mereka perlu memotong bahagian-bahagian halia untuk
dijadikan sebagai benih untuk penanaman semula.
Jika di Tambunan Sabah, anda boleh menjumpai usahawan tanaman halia di kawasan pasar Tani (Tambunan Tamu Ground) pada waktu pagi semasa hari khamis kerana kebanyakan usahawan-usahawan halia akan menjual hasil tanaman mereka kepada pembeli (orang tengah).

Jangan beli melalui orang tengah
Nasihat saya sekali lagi, jangan membeli benih halia kepada
orang tengah kerana harga yang dikenakan keatas anda amat mahal, walau begitu
anda mungkin boleh memberi pertimbangan untuk membeli benih halia dari mereka sekiranya benih halia
yang anda perlukan adalah sedikit.Sekiranya anda sukar untuk mencari usahawan halia, anda mungkin boleh ke Jabatan Pertanian yang terdekat dengan anda untuk meminta sedikit nasihat daripada pihak mereka kerana mereka tentunya memiliki rekod atau kenalan dengan usahawan ladang halia yang berdaftar dengan mereka di tempat anda.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.