Cokelat Di Labuan Amat Murah?
Ketika anda ingin berkunjung di pulau ini, anda mesti ingin mengetahui cokelat di Labuan yang sering diperkatakan orang ramai kerana harganya yang boleh dikatakan murah. Sebagai pengetahuan anda, antara daya tarikan di pulau ini salah satunya kerana pulau ini diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai sejak tahun 1956 lagi. Ini bermakna, beberapa barangan tertentu di Labuan, bebas dari cukai. Antara barangan yang bebas dari cukai adalah seperti rokok, cokelat, tayar, minuman keras, kenderaan, dan banyak lagi. Cokelat Di Labuan Amat Murah? Baik, kita bercerita mengenai cokelat yang sering diperkatakan orang yang pernah datang berkunjung di pulau ini dan artikel ini mungkin dapat memberikan sedikit gambaran kepada anda. Penulis tahu, anda yang membaca artikel ini mesti mempunyai hasrat untuk berkunjung di tempat ini. Ok, dipendekkan cerita, ya, memang, harga cokelat-cokelat yang dijual di pulau ini boleh dikatakan murah berbanding dengan harga yang dijual di tanah besar. Phot...