Syarat Pengambilan Polis Konstabel Lelaki Dan Wanita Dalam PDRM
Pengambilan anggota Polis di Malaysia bagi jawatan Konstabel lelaki dan juga wanita akan diadakan dalam beberapa kali setiap tahun yang mana kekosongan jawatan bagi kerjaya polis ini dikendalikan sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM ) dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sudah tentunya anda yang baru memperolehi sijil SPM atau kelulusan lebih tinggi dari itu bercita-cita untuk memperolehi jawatan ini lebih-lebih lagi pada masa ini amat sukar untuk memperolehi pekerjaan disebabkan persaingan. Baik berikut adalah syarat dan kelayakan gaji sekiranya anda berjaya memperolehi jawatan ini. Syarat-syarat permohonan polis bagi jawatan konstabel lelaki dan wanita Sebelum anda bercita-cita untuk mengisi kekosongan jawatan bagi jawatan ini, perlu diingatkan anda perlu memenuhi keadaan fizikal anda seperti mana yang disyartkan oleh PDRM kerana sekiranya anda hanya memiliki kelulusan tetapi tidak memenuhi syarat fizikal, anda akan gagal bagi permohonan ini. Ke...