5 Persediaan Perlu Diberi Perhatian Semasa Tinggal Di Pulau Labuan
Pulau Labuan adalah satu pulau yang kecil yang berada berhampiran dengan Menumbok Sabah. Pulau ini didiami oleh kaum Kedayan dan juga kaum –kaum lain yang datang untuk mencari rezeki seperti Dusun, Kadazan, Murut, Melayu, Cina, Iban dan banyak lagi. Kerana sumber pekerjaan yang menawarkan gaji yang agak lumayan disini, ramai yang sanggup tinggal di pulau ini walaupun terdapat beberapa masalah yang akan dihadapi apabila berada di pulau ini. Bagi anda yang mungkin akan berpindah di pulau ini, beberapa persediaan perlu anda ambil perhatian bagi mengatasi masalah yang mungkin akan berlaku. 1) Persediaan masalah Air Mana-mana tempat akan menghadapi masalah kekurangan bekalan air begitu juga dengan bekalan air di pulau ini. Apabila bekalan air mungkin terputus disebabkan saluran paip pecah di kawasan pulau ini atau salur paip di kawasan bekalan sumber utama air di daerah Beaufort Sabah, ia sesuatu yang amat menyeksakan bagi penduduk yang terjejas kerana ketiadaan su...