Posts

Showing posts from June, 2016

Punca Brek Kereta Berbunyi

Image
Apakah punca brek kereta berbunyi? Artikel ini sebenarnya bukan pendapat daripada pakar tetapi hanya berdasarkan pengalaman selama bertahun-tahun menggunakan kereta. Penulis mengetahui, anda yang membaca artikel ini memang mengalami masalah brek kereta mengeluarkan bunyi yang pelik dan penulis akan berkongsi dengan anda mengenai pengalaman penulis sendiri tentang masalah ini. Walaupun kereta kita ini memiliki pelbagai jenis tetapi system brek diantara kenderaan tidak jauh berbeza dan system inilah digunakan oleh syarikat pengeluar kereta di serata negara. Kenali jenis brek pada kereta anda Pada umumnya, brek terbahagi kepada dua jenis iaitu brek disc dan juga brek drum yang mana brek disc berfungsi dimana brek pad akan mencengkam disc plate dan bagi brek drum pula akan berfungsi dengan brek pad akan mencengkam pada permukaan drum. Dua sistem brek ini paling banyak digunakan oleh syarikat-syarikat pengeluar kereta di seluruh dunia dan secara teorinya, kedua-dua system brek ...

6 Sebab Kenapa Perlu Memasang Tinted Pada Cermin Kereta Anda

Image
Apakah sebab utama  anda untuk melakukan pemasangan tinted pada cermin kereta anda? Penulis memang mengetahui anda memang mempunyai sebab yang tersendiri untuk melakukan pemasangan ini. Walau begitu masih ramai lagi individu yang diluar sana tidak mengetahui apakah kebaikan untuk melakukan pemasangan tinted kereta mereka. Sebahagian dari tanggapan individu hanya menganggap tinted hanya dipasang untuk bertujuan hanya sebagai asesori untuk mencantikan sesebuah kereta itu namun tanggapan mereka itu adalah salah kerana mengikut kajian penulis berikut adalah kelebihan yang anda akan perolehi jika melakukan pemasangan tinted yang agak gelap kepada kereta anda. 1. Pemanduan yang lebih baik Tinted pada cermin kereta memang direka oleh pakar-pakar kenderaan untuk menjadikan pemanduan yang lebih baik kepada setiap pemandu yang menggunakan tinted kepada kereta mereka. Tahukah anda, dengan tinted yang dipasang pada cermin kereta membolehkan anda dilindungi dari silau sinaran cahay...

Bila Masanya Hand Brake Digunakan Semasa Memandu

Image
Panduan ini selalunya dicari oleh kebanyakan individu yang sedang belajar memandu ataupun mereka yang akan menjalani ujian memandu tentang bila masanya penggunaan handbrake kereta. Panduan ini amat penting untuk dipelajari kerana hand brake ataupun brek tangan salah satu kompenen yang paling penting sekali semasa memandu kereta walaupun ianya hanya sekali sekala digunakan semasa sepanjang anda memandu kereta. Kebanyakan pemandu yang masih belajar gagal untuk menguasai penggunaan hand brake dan ini menyebabkan mereka akan gagal semasa ujian memandu dilakukan. Apa itu Hand brake? Untuk pengetahuan umum anda, hand brake dikenali juga sebagai brek tangan yang berfungsi untuk mengehentikan tayar kenderaan daripada bergolek. Sesetengah orang mengatakan, brek tangan dikenali sebagai brek kecemasan tetapi ianya amat merbahaya digunakan semasa kenderaan bergerak laju dan kemungkinan kereta anda akan hilang keseimbangan.  Brek tangan adalah terdiri daripada  kabel yang te...

Tips Mengenal Pasti Kereta Sukar Dihidupkan Akibat Masalah Bateri Kereta

Image
Pernahkah anda semasa menghidupkan enjin kereta tetapi kereta tidak boleh dihidupkan? Memang situasi ini membuatkan sesetengah dari anda akan merasa panic lebih-lebih lagi pada masa itu anda hendak ke tempat kerja seawal waktu pagi. Yang lebih teruk lagi, bateri kereta langsung ‘weak’ atau tidak mempunyai kuasa langsung. Jangan risau, masih terdapat beberapa tips atau altenatif untuk mengatasi masalah anda walau begitu memang tidak dinafikan masalah kereta berpunca daripada bateri perlu  mengambil masa untuk menghidupkan semula enjin kereta anda. Cara Mengenal Pasti Kereta Sukar Dihidupkan Akibat Bateri Kereta Anda Mula Rosak Apa yang paling penting sekali, semasa anda cuba untuk menghidupkan kereta  dan pada masa yang sama kereta sukar untuk dihidupkan ataupun ketika anda memulas kunci untuk menghidupkan kereta, bunyi enjin seolah-olah hampir untuk dihidupkan tetapi ianya masih sukar untuk dihidupkan sepenuhnya, langkah-langkah yang perlu anda lakukan adalah, Phot...

Tips Mendapatkan Alat Ganti Kereta Murah

Image
Tips Mendapatkan Alat Ganti Kereta Murah. Apabila anda telah memiliki kereta, sampai waktunya anda harus melakukan beberapa penyelengaraan keatas kereta anda sama ada tentang kerosakan kereta tersebut, melakukan servis minyak enjin, dan semuanya ini memerlukan alat-alat ganti sama ada alat ganti itu anda perolehi daripada kedai alat ganti atau menerusi bengkel tempat anda menghantar kereta untuk pembaikan. Selain itu anda juga mungkin menambahkan ciri-ciri tambahan iaitu mengenai asesori kereta dan semuanya ini memerlukan kos bayaran yang agak mahal bergantung kepada harga yang ditentukan oleh kedai alat ganti ataupun bengkel itu sendiri. Tips ini mungkin berguna kepada anda bagaimana mendapatkan alat ganti kenderaan yang murah di pasaran. Kenali kedai alat ganti kereta di tempat anda DI daerah anda tinggal, berapakah jumlah kedai alat ganti yang anda ketahui? Ataupun jumlah kedai asesori? Penulis tidak mengarahkan anda untuk mengira jumlah kedai tersebut tetapi anda harus...

Perkara Perlu Difikirkan Sebelum Membeli Kereta Baru Pertama Kali

Image
Adakah anda pada saat ini berhasrat untuk membeli kereta baru? Benarkah tindakan anda ini? Bagi mereka yang masih tertanya-tanya  di dalam diri sendiri, perlukah membeli kereta pada saat ini, penulis cuba memberikan beberapa idea bernas yang patut anda fikirkan sebelum mengambil keputusan ini kerana menggunakan sebuah kereta tidak sama seperti anda membeli  sebuah telefon pintar, kerana anda perlu memikirkan banyak kos kewangan apabila membeli kereta baru. Tidak dinafikan memang ia adalah impian semua orang tetapi pastikan anda tidak mengalami masalah apabila menggunakannya nanti. Baiklah, berikut adalah idea yang patut anda fikirkan sebelum mengambil keputusan ini. Fikirkan kedudukan kewangan terlebih dahulu Pada saat ini, berapakah gaji atau pendapatan yang anda perolehi setiap bulan? Fikirkan semula berapakah harga kereta yang anda ingin beli, mengenai deposit, bayaran bulanan sewa beli kereta tersebut. Selain itu fikirkan juga hutang-hutang yang lain perlu anda ...

Idea Hadiah Anniversary Untuk Suami Tercinta

Image
Hadiah anniversary untuk suami. Bilakah ulang tahun perkhawinan anda? Bagi isteri yang amat menyayangi ikatan perkhawinan  yang telah dibina bersama suami tercinta, tentunya akan mengingati tarikh keramat perkhawinan mereka dan mengkehendakkan setiap tahun ianya diraihkan bersama suami dan juga anak-anak. Apa yang sering menjadi persoalannya adalah apakah hadiah ulang tahunan perkhawinan tersebut kepada suami anda? Penulis memahami perasaan anda dan cuba memberikan beberapa idea yang mungkin mampu membantu anda untuk mendapatkan hadiah yang teristemewa sempena majlis tersebut. Lelaki hanya mahukan ucapan ikhlas anniversary Sebenarnya lelaki yang benar-benar mencintai anda berdasarkan dasar cinta tidak memerlukan apa-apa hadiah daripada anda, cukuplah dengan hanya ucapan, pelukan, dan mungkin kucupan yang ikhlas dari anda semasa tarikh anniversary tiba. Bagi lelaki, pemberian hadiah ini adalah satu pembaziran bagi mereka kerana apa yang lebih penting bagi mereka adalah cu...

Mengenal Pasti Kedudukan Nombor Casis Motorsikal Anda

Image
Dimanakah kedudukan nombor casis motosikal anda? Bagi sesetengah dari anda masih tidak mengetahui dimanakah kedudukan nombor tersebut. Nombor casis tersebut adalah nombor pendaftaran bagi badan ataupun rangka motosikal anda yang didaftarkan oleh pihak pengilang ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Tahukah anda, semua badan (body) motosikal ataupun mana-mana kenderaan di Malaysia wajib mempunyai nombor casis masing-masing. Pendek kata, nombor casis ini adalah umpama nombor kad pengenalan bagi kenderaan anda. Nombor enjin pula adalah pendaftaran keatas enjin motosikal anda Cara mengenalpasti kedudukan nombor casis motosikal Untuk mengenal pasti kedudukan nombor casis ini, anda memerlukan kad ataupun geran mengenai motosikal anda kerana melalui kad pendaftaran tersebut mengandungi butir-butir nombor casis, nombor enjin, nombor pendaftaran kenderaan, pemilik, kekuatan kuasa kuda enjin, tahun didaftarkan, model motosikal, tarikh tamatnya cukai jalan. Apabila anda telah mendapat...

Kekuatan Pengaruh Produk Diiklankan Melalui Akhbar Tempatan

Image
Pernahkah anda berfikir untuk mengiklankan produk anda melalui akhbar tempatan? Sebagai makluman anda, akhbar-akhbar tempatan yang popular di Malaysia adalah seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, Sinar Harian, News Straits Times, Borneo Post, dan banyak lagi. Secara purata, kebanyakan akhbar tempatan di negara ini amat laris sekali dibeli oleh pembaca apabila diedarkan kepada masyarakat setiap hari, oleh itu sudah tiba masanya anda harus mengambil pendekatan berbeza untuk memasarkan produk anda agar segera dikenali kepada umum. Berikut adalah kekuatan pengaruh sekiranya bisnes anda diiklankan melalui akhbar tempatan. Produk dilihat oleh berpuluh ribu orang di dalam sehari Apabila anda mengiklankan produk anda melalui akhbar tempatan dan setelah akhbar diedarkan kepada awam di serata Malaysia setiap hari, produk anda yang telah diiklankan akan dilihat oleh berpuluh ribu oleh orang pada masa iklan anda dipamerkan menerusi ruang iklan akhbar tersebut. Mungkin se...

Tips Menghilangkan Nafas Berbau Busuk

Image
Adakah anda menghadapi masalah bau nafas yang busuk? Ini adalah mimpi ngeri bagi mereka yang menghadapi masalah ini kerana ia bukan sahaja rakan-rakan di sekeliling anda akan menjauhi anda tetapi kesan yang paling ketara sekali, anda akan merasa rendah diri disebabkan hal ini. Cuba anda bayangkan jika anda sendiri berhadapan dengan rakan-rakan anda yang menghadapai masalah nafas berbau busuk, tentunya anda sendiri menghidari untuk berkomunikasi secara berhadapan dengan mereka bukan? Berikut adalah sedikit tips yang mungkin berguna sebagai panduan anda untuk mengatasi masalah ini. Pastikan berus gigi 2-3 kali sehari Dalam  sehari, berapa kalikah anda memberus gigi? Sebagai pengetahuan anda, saranan oleh doctor untuk memberus gigi di dalam anggaran 2 hingga tiga kali sehari. Jika anda tidak mengikuti saranan ini ataupun dengan kata yang lebih mudah, jarang untuk memberus gigi atau mungkin di dalam seminggu anda hanya memberus gigi hanya beberapa kali sahaja atau tidak pe...

Tips Hilangkan Bau Badan Yang Kurang Menyenangkan

Image
Apa perasaan anda apabila berhadapan dengan individu yang memiliki bau badan yang kurang menyenangkan? Tahukah anda bagi sesetengah orang, mereka akan merasa 'magrain' atau pening kepala apabila tercium bau badan individu yang hangit dan masam. Bagi anda yang mengalami masalah ini, anda perlu sedar tentang masalah ini dan berusahlah untuk mengatasi masalah anda kerana rakan-rakan di sekililing anda akan menjauhkan diri anda dan ini secara tidak langsung menyebabkan anda merasa rendah diri akibat masalah ini. Baik, berikut sedikit tips bagi mengatasi masalah ini. Sentiasa mengenakan pakaian yang nipis Apabila anda menyedari anda mengadapi masalah bau badan disebabkan peluh yang terlalu banyak keluar melalui tubuh badan anda, seeloknya pakailah pakaian yang sesuai dengan persekitaran anda misalnya dengan memakai pakaian yang nipis, kain yang menyerap peluh kerana jika anda memakai pakaian yang tebal umpamanya memakai jaket, hal ini menyebabkan anda akan cepat berpeluh di...

Punca Belting Perodua Viva Bunyi

Image
Apakah anda memiliki kereta Perdoua Viva? Secara peribadi, penulis mengandaikan kereta ini adalah kereta jenis ‘kompak’ dan antara kereta keluaran tempatan yang paling murah dan jimat minyak sekali di Malaysia. Perodua Viva memiliki beberapa jenis ketegori dengan keupayaan enjin yang berbeza seperti  Viva 660, 850, dan juga 1.0. Apa yang penulis minati kereta ini tidaklah terlalu sempit dan ia memiliki alat ganti yang amat mudah diperolehi di pasaran. Walau begitu, setiap kereta mempunyai masalah masing-masing apabila sampainya satu tahap tertentu begitu juga dengan kereta ini. Punca belt atau belting perodua viva mengeluarkan bunyi Penulis bukanlah seorang mekanik tetapi penulis mempunyai sebuah kereta Viva yang telah digunakan oleh penulis selama beberapa tahun dan penulis memang arif sangat dengan setiap masalah yang berlaku keatas kereta ini misalnya masalah yang pernah berlaku adalah 'belt' atau 'belting' yang mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan s...

Menempah Kejayaan Dalam Bisnes MLM Di Malaysia

Image
Sejauh anda memahami apa itu MLM? Sebagai pengetahuan anda, MLM dikenali sebagai 'Multi Level Marketing' dimana bisnes ini lebih kepada bisnes berteraskan sistem piramid untuk memastikan tahap seseorang itu mengikut level-level yang ditentukan oleh pihak pengurusan syarikat. Tidak dinafikan bisnes ini amat popular sekali dan mampu bertahan  sehingga sekarang sebagai bisnes yang amat menguntungkan bagi sesiapa yang benar-benar memahami bagaimana system ini bekerja. Walaubegitu, ramai juga kecundang kerana mereka tidak memahami bagaimana untuk berjaya di dalam MLM. Perlunya memahami kekukuhan syarikat MLM yang diikuti Penulis banyak melihat individu di luar sana mengikuti peluang bisnes MLM dari syarikat-syarikat yang kurang popular atau dalam erti kata yang lain, syarikat tersebut sebenarnya syarikat yang kecil. Tahukah anda, bertungkus-lumus untuk mengusahakan bisnes daripada syarikat kurang kukuh akan menyebabkan risiko yang tinggi kepada anda serta akan memberikan ...

Keuntungan Buat Bisnes Jual E-book Di Internet

Image
Artikel pada kali ini adalah mengenai bisnes jual  E-book yang semakin popular dalam dunia maya. Sebelum itu penulis ingin menerangkan apakah E-book itu kepada anda, ia adalah tentang  buku elektronik yang boleh dibuka melalui internet dan komputer setelah seseorang itu melakukan download keatas E-book tersebut. Penulis tidak mengajar anda bagaimana mencipta sesebuah E-book itu kerana di internet terdapat pelbagai tuturiol cara untuk mencipta E-book. Bisnes ini masih belum diterokai sepenuhnya di negara kita tetapi bagi negara-negara maju, mereka menjadikan E-book sebagai satu bisnes yang lumayan hinggakan mereka mampu memperolehi beribu dollar sehari dengan hanya menjual E-book kepada pengguna dunia maya. Bisnes jual Ebook buat duit semasa  tidur Beberapa tahun yang lepas, penulis telah membaca satu artikel di mana seorang seorang pencipta E-book yang berasal dari Semenanjung Malaysia  yang mana beliau menulis E-booknya di dalam bahasa inggeris mengenai s...

Cara Mengawal Kereta Manual Kawasan Jalan Berbukit Tinggi

Image
Halloo, sahabat, artikel pada kali ini adalah mengenai bagaimana caranya mengawal kereta manual semasa mendaki bukit ataupun anda memandu di kawasan jalan berbukit. Menguasai kereta manual bukan sekadar anda hanya boleh memandu kereta ini tetapi anda harus tahu mengendalikan kereta ini dalam apa jua situasi permukaan jalan misalnya semasa menuruni bukit, mendaki bukit, bagaimana mengawal kereta semasa jalan licin, hujan lebat, menyeberangi sungai, kerana kita tidak akan tahu situasi-situasi yang kita hadapi di dalam perjalanan kita. Oleh itu pelajaran memandu kereta sebenarnya  mempunyai skop yang luas dan bukan hanya semata-mata tahu cara memandu asasnya sahaja. Cara-cara mengawal kereta manual semasa mendaki jalan bukit Penulis mengandaikan anda telah pun menguasai pergerakan-pergerakan gear manual kerana anda telahpun cuba untuk belajar bagaimana memandu kereta manual di kawasan jalan berbukit. Anda harus benar-benar telahpun menguasai segala pergerakan gear ini ker...

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan