Cara Guna Kad Kredit Isi Minyak Kereta Di Stesen Minyak
Boleh tak guna kad kredit ketika isi minyak kereta di setesen minyak? Kad kredit memang boleh digunakan ketika mengisi minyak dan penggunaan kad ini tidaklah sesukar mana seperti yang anda fikirkan. Dengan andanya kad kredit, anda tidak lagi memerlukan wang cash ketika mengisi minyak kereta, yang perlu anda lakukkan, masukkan kad kredit anda dan isi minyak. Kebanyakan cara ini digunakan oleh ramai orang sebagai salah satu altenatif mengurangkan penggunaan wang tunai ketika mengisi minyak kereta. Sebelum kita belajar menggunakan kad kredit semasa mengisi minyak kereta di stesen minyak, ada baiknya anda mengetahui apa itu pin kad kredit. Apa itu pin kad kredit? Pin kad kredit adalah nombor pin keselamatan mengenai kad kredit anda untuk menjadikan kad kredit anda selamat dari disalahgunakan orang lain. Ia bermakna, nombor pin tersebut adalah rahsia anda dan pastikan pin keselamatan itu tidak didedahkan kepada sesiapa pun. Nombor pin keselamatan ka...